Tiada laporan polis dibuat, kucing mati di UM dipercayai diserang haiwan liar — Polis Brickfields


  • Tular
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Seekor kucing bernama Lily ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati dibunuh individu yang tidak dikenali di sekitar kawasan UM. — @nolongerskek

PELAJAR Universiti Malaya (UM) sekali lagi digemparkan dengan insiden kekejaman terhadap haiwan selepas seekor kucing bernama Lily ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati.

Kes itu juga dipercayai berkait dengan beberapa insiden serupa yang dilaporkan di kawasan kampus sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Seorang wanita, @nolongerskek dipercayai penuntut universiti berkenaan melalui satu ciapan di laman X (Twitter) pada Jumaat, memaklumkan menemui kucing tersebut mati dalam keadaan mengerikan.

"Kucing tersebut ditemui dalam keadaan kakinya dipotong dan perut berlubang, dipercayai akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Kami mendapati ada pola kekejaman yang konsisten, dan kami khuatir terdapat individu yang sengaja menyasarkan haiwan-haiwan ini.

"Kucing dan anjing tidak mampu mempertahankan diri mereka sendiri. Hanya suara kita yang dapat membantu mereka,” ciapnya.

GfN8byxawAAdPCT

Beberapa pelajar memulakan petisyen online bagi mendesak tindakan undang-undang lebih tegas terhadap pelaku kekejaman haiwan. — KittyCorps

Ciapannya itu turut menarik perhatian warga maya yang lain dan meminta pihak universiti segera menjalankan siasatan untuk mencari pelaku.

Seorang warga maya, @Ainul_Sofia meluahkan kerisauan terhadap binatang dan pelajar yang berada di kampus tersebut.

"Mula-mula binatang, takut nanti manusia. Kalau tengok cara yang bunuh, pelaku ini tak ubah macam serial killer (pembunuh bersiri).

"Ini bukan kerja anjing liar, ini manusia gila. Cara juga sama, sudah dua kes ada 'corak pembunuhan' yang sama. Semoga pelaku dapat ditangkap," tulisnya.

Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan komuniti universiti sekali gus menggesa pihak berkuasa untuk segera bertindak.

Beberapa pelajar telah memulakan petisyen dalam talian bagi mendesak tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku kekejaman haiwan.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turut meninggalkan komen dalam ciapan individu tersebut dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

"Ya ALLAH!! Tolong siasat betul-betul @PDRMsia, @unimalaya dan @DVSMalaysia," tulisnya ringkas.

story translate - 1

Pada Rabu lalu, dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di UM yang disangkakan akibat didera oleh manusia. — @nolongerskek

Pada Rabu lalu, media melaporkan kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di UM yang disangkakan akibat didera oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, itu pada petang Selasa.

"Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.

"Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, Ku Mashariman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbaru itu.

"Semakan dengan pihak Keselamatan UM mengesahkan pentadbiran universiti itu ada menerima maklumat berkaitan kes itu dan siasatan dalaman sudah dijalankan.

""Berdasarkan makluman pihak keselamatan UM, laporan awal daripada Jabatan Veterinar menyatakan kesan yang ada pada kucing berkenaan adalah disebabkan oleh gigitan bintang liar," katanya — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram