SEORANG pemilik motosikal kerugian puluhan ribu ringgit selepas motosikalnya terbakar dipercayai terkena percikan api ketika persembahan api (fire show) pada Kuala Lumpur Bike Week pada Sabtu.
Kejadian yang berlaku di KL Heritage Valley dekat Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur itu berlaku begitu pantas sehingga menyebabkan kebakaran kecil di tempat tersebut.
Insiden itu juga dirakam peserta program tersebut dan tular di media sosial pada hari yang sama.
BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia
"Kebakaran kecil di Kuala Lumpur Bike Week semalam (Sabtu) yang berpunca disebabkan api daripada fire show'.
"Percikan api terjatuh atas motosikal penganjur. Tiada kemalangan jiwa berlaku," tulis hantaran tersebut.
Melalui video berdurasi kurang seminit yang dikongsikan itu beberapa individu dilihat cuba memadam api kebakaran itu menggunakan pemadam api.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pemilik motosikal tersebut mahupun penganjur.
Untuk makluman, Kuala Lumpur Bike Week merupakan acara tahunan yang menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara dan melibatkan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan ekstrem. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram