McDonald's Singapura kenakan caj untuk sos tambahan bermula 2 Januari 2025


  • Benua
  • Sabtu, 07 Dis 2024

Pelanggan masih boleh meminta sos tambahan secara percuma buat masa ini, tetapi tidak pada tahun depan.

MCDONALD'S Singapura akan mula mengenakan caj kepada pelanggan untuk paket perasa tambahan melebihi jumlah standard yang diberikan bermula 2 Januari tahun depan, menurut pengumuman syarikat makanan segera itu.

McDonald's Singapura akan mula mengenakan caj kepada pelanggan untuk paket perasa tambahan melebihi jumlah standard yang diberikan, bermula 2 Januari tahun depan, menurut pengumuman syarikat makanan segera itu.

Memetik laporan Xinhua, di bawah dasar baharu itu, sos seperti BBQ, Kari dan Madu Mustard akan dikenakan caj S$0.50 (RM1.65) setiap paket jika pelanggan meminta paket tambahan.

BACA LAGI: Kekal relevan bersama Barbarik, Mus May ‘tapau’ industri rock lebih 3 dekad bergelar rockers

BACA LAGI: 'This is ours Malaysia', pelakon Siti Saleha ranggul anugerah Bintang Asia Terbaik di Seoul

Bagi perasa salad, seperti Bijan Panggang Jepun, harganya ditetapkan pada S$0.70 setiap paket.

Bagaimanapun menurut laman sesawang syarikat itu, sos tomato dan cili bawang putih, dua perasa utama, akan kekal diberikan secara percuma berdasarkan jumlah tetap setiap pesanan makanan.

McDonald's Singapura menjelaskan, dasar itu sebagai satu langkah untuk membantu menguruskan sisa makanan dan kos makanan yang semakin meningkat, yang digambarkan sebagai 'cabaran berterusan' di seluruh industri makanan dan minuman.

Dasar serupa yang mengenakan caj untuk perasa tambahan telah berkuat kuasa selama bertahun-tahun, tetapi tidak dipraktikkan, lapor media tempatan.

Seorang petugas di sebuah cawangan di tengah Singapura mengesahkan kepada Xinhua yang pelanggan masih boleh meminta sos tambahan secara percuma buat masa ini, tetapi tidak pada tahun depan.

Sos tomato dan cili bawang putih tanpa had disediakan di mesin pengedar layan diri di kedai.

Bagi memaklumkan pelanggan, satu poster diletakkan di kaunter pengambilan di kedai dengan slogan, 'SUKA SOS KAMI? TAMBAH LAGI HANYA 50¢ SETIAP SATU', bersama kod QR yang memberikan maklumat lanjut mengenai dasar itu.

Pengumuman itu menerima reaksi berbeza. Sesetengah pelanggan menyuarakan ketidakpuasan hati, dengan berkata harga McDonald's sudah tinggi.

Syarikat itu juga telah menambah bahagian maklum balas di laman sesawangnya untuk menangani kebimbangan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perubahan tersebut.

"Kami memohon agar pelanggan kami memahami hal ini dan berharap mereka akan terus menikmati makanan dan sos yang mereka suka," kata McDonald's Singapura. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram