[VIDEO] Dua staf McD berbalas tumbukan, pelanggan terpinga tunggu pesanan


  • Benua
  • Rabu, 30 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan insiden pergaduhan membabitkan dua wanita di sebuah restoran.

TULAR pergaduhan membabitkan dua pekerja wanita di restoran makanan segera, McDonald's di daerah Chester, Carolina Selatan pada Rabu.

Pergaduhan terbabit dirakam menerusi sebuah video berdurasi satu minit sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, salah seorang pekerja restoran berkenaan melemparkan bekas makanan sebelum pergaduhan menjadi lebih teruk.

Kelihatan seorang pelanggan yang menunggu pesanan di luar premis terkejut dengan keadaan tersebut dan terpaksa menunggu pesanan lebih lama kerana pergaduhan sedang berlaku.

Pergaduhan cuba dileraikan pekerja lain di premis berkenaan namun mereka masih meneruskan pergaduhan.

Malah perakam video itu menyuruh mereka yang campur tangan agar tidak menyibuk kerana mahu melihat pergaduhan itu diteruskan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca dan keadaan dua pekerja yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan pergaduhan itu memalukan dan tidak profesional.

"Satu kejadian yang memalukan dan boleh menjatuhkan nama syarikat. Perkara ini tidak harus berlaku," kata Arissha.

"Apa pun punca pergaduhan, mereka tidak patut bergaduh. Pelanggan sedang menunggu dan ia sudah mula tersebar di media sosial," jelas Sean.

"Sepatutnya mereka menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tidak perlu bergaduh. Kasihan pelanggan kena tunggu lama," luah Broddy.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram