
SEORANG lelaki warga asing hampir mengalami serangan sawan selepas menjalani sesi latihan mempertahankan diri bersama rakannya di sebuah pusat latihan di Phuket, Thailand, baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku ketika rakan mangsa difahamkan cuba 'bergurau' secara kasar ketika latihan tersebut.
Melalui video tular yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Rabu, mangsa dan rakan pada awalnya dilihat sedang berlawanan sesama sendiri.
BACA LAGI: Zul Fadlie nyata gagah, kalahkan Ahmad Omar untuk raih kejuaraan Super Muay Malaysia
BACA LAGI: Tendangan kencang Haikal Sampuri rebahkan wakil Laos, gegarkan saingan Super Muay Malaysia
Was it that serious tho?
There’s got to be some kind of history between them pic.twitter.com/5N7qLV7vTS
— BJJotter (@JiujitsuOtter) December 3, 2024
Keadaan bagaimanapun menjadi semakin meruncing selepas rakan mangsa mencengkam leher mangsa (headlock) sehingga menyebabkan mangsa tidak bernafas.
Mangsa kemudiannya tiba-tiba rebah dan menunjukkan tanda-tanda sawan seperti kekejangan otot dan kesukaran bernafas.
Rakan yang menyedari keadaan itu segera memberikan bantuan kecemasan dan dilihat menampar mukanya beberapa kali.
Mangsa bernasib baik kerana tersedar dengan sendiri, namun dapat kelihatan mukanya kemerah-merahan menahan kesakitan.
Kejadian itu turut mengundang kecaman daripada warga maya kerana ia boleh mengundang kepada tragedi.
Seorang pengguna laman X (Twitter), @Alex_Wilson turut mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak sedemikian.
Bagi @GrahamHocker pula, sebagai seorang pengamal sukan Muay Thai sejak 2009, tindakan seperti itu dianggap agak memalukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram