Zul Fadlie nyata gagah, kalahkan Ahmad Omar untuk raih kejuaraan Super Muay Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 10 Nov 2024

Zul Fadlie (dua dari kanan) bersama piala kemenangan Super Muay Thai 2024. — Majoriti/NAZREEN IZAHAR

PERTARUNGAN sengit berlaku dalam kejohanan Super Muay Malaysia 2024 antara dua atlet Muay Thai tempatan iaitu Zul Fadlie dan Ahmad Omar.

Pertarungan tiga pusingan kejuaraan bagi kategori 58 kilogram itu menyaksikan kemenangan memihak Zul Fadlie menerusi keputusan juri.

Pertarungan nyata sengit antara kedua-dua peserta dengan Zul dan Omar saling bertukar-tukar tumbukan dan sepakan.

BACA LAGI: Tendangan kencang Haikal Sampuri rebahkan wakil Laos, gegarkan saingan Super Muay Malaysia

BACA LAGI: Pernah raih pingat gangsa Sukan SEA, Haikal Sampuri idam kilauan emas di temasya antarabangsa

photo_2024-11-10_23-01-55

Zul Fadlie (kiri) cuba mengelak tumbukan daripada Ahmad Omar. — Majoriti/NAZREEN IZAHAR

Aksi yang mengambil masa selama tiga pusingan itu akhirnya memerlukan keputusan mata menerusi penilaian juri selepas kedua-dua peserta tidak berjaya ditumbangkan menerusi knock-out.

Kemenangan tersebut menyaksikan Zul Fadlie yang mewakili kelab Fighter Den berjaya membawa pulang piala, tali pinggang.

Super Muay Malaysia 2024 diadakan di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, Selangor dengan acara diadakan pada Sabtu dan Ahad.

Pelbagai kategori dipertandingkan bermula daripada 40 kilogram sehingga 67 kilogram menarik penyertaan peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Laos, Afganistan dan banyak lagi.

Kejohanan tersebut mendapat tajaan oleh Legasi Sufi selain mendapat sokongan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Tourism Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram