SAINGAN Super Muay Malaysia 2024 mencuri tumpuan apabila wakil tuan rumah, Haikal Samperi mempamerkan persembahan memukau untuk memenangi pusingan bertemu peserta Laos iaitu Kobptech.
Dilangsungkan di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, Selangor pada Sabtu, pertarungan bagi kategori 51 kilogram itu menyaksikan Haikal menewaskan Kobpetch menerusi triple knockout (TKO) di pusingan pertama.
TKO itu hasil daripada tendangan kencang Haikal yang mengenai badan Kobpetch untuk membolehkan dia memenangi pusingan dalam masa seminit.
BACA LAGI: Jauh beza dengan trio JDT, gandingan peledak Selangor ibarat tiada 'chemistry' jumpa Jeonbuk
BACA LAGI: 'Kami tak punya wang ringgit tapi maruah pasukan lebih segalanya'
Haikal (tengah) meraikan kemenangannya sewaktu menang pertarungan Super Muay Malaysia 2024. — Majoriti/NAZREEN IZAHAR
Kemenangan itu membolehkan Haikal membawa pulang tali pinggang kejuaraan kerana menjuarai kategori tersebut.
Bercakap selepas pertarungan, anak jati Selangor itu menghidu peluang untuk memerangkap wakil Laos tersebut sewaktu hampir menerima tumbukan.
“ALHAMDULILLAH hari ini (Sabtu) saya berjaya menang kejuaraan Super Muay dengan kalahkan wakil Laos. Waktu itu, saya rasa berdebar sebenarnya tapi mujur saya dapat lakukan knock-out pada pusingan pertama.
“Masa itu saya nampak dia sedang ingin tumbuk saya, jadi saya cepat-cepat atur posisi dan lakukan tendangan terus ke tulang rusuk,” kata Haikal kepada Majoriti.
Pada Sabtu, sebanyak lapan pertarungan diadakan melibatkan pelbagai kategori mengikut berat peserta. Kategori yang dipertandingkan adalah daripada 33 kilogram sehingga 67 kilogram. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram