[VIDEO] Gagal ujian kali kedua, roket Epsilon S Jepun meletup 49 saat lepas berlepas


  • Benua
  • Selasa, 26 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan insiden letupan dan kebakaran yang berlaku melibatkan roket Epsilon S di Jepun pada Selasa.

UJIAN enjin roket bahan bakar pepejal, Epsilon S dibatalkan susulan berlaku kebakaran besar di stesennya ketika program angkasa lepas di kawasan terpencil di Kagoshima, Jepun pada Selasa.

Berdasarkan laporan agensi, kedengaran bunyi letupan, percikan api dan kepulas asap tebal sejurus ujian pembakaran dimulakan.

Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) melaporkan bahawa ujian enjin itu mendapati terdapat sesi pembakaran yang tidak normal pada 49 saat selepas dijalankan.

BACA LAGI: [VIDEO] Roket angkasa lepas Jepun, Epsilon S meletup ketika sesi ujian

BACA LAGI: [VIDEO] Jalan dengan penjaga pun tak selamat, budak 3 tahun di Brazil nyaris diculik ketika bersiar-siar

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan.

"JAXA akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mencari punca dan mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

"Pembangunan roket adalah sangat penting untuk memastikan autonomi program angkasa Jepun," katanya.

Kejadian itu juga sebenarnya bukan kali pertama berlaku dan pernah terjadi ketika ujian yang dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Pada July 2023, roket Epsilon S itu pernah meletup dan terbakar berlaku di tapak ujian Noshiro yang terletak di utara negara tersebut.

Ketika itu, roket tersebut meletup dan terbakar kira-kira 1 minit ketika ia memasuki tahap kedua ujian penyalaan enjin.

Dalam insiden tersebut, sekeping logam cair dan merosakkan penebat termal yang menyelaputi enjin menjadi punca kebakaran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram