SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Sao Paulo, Brazil hampir diculik ketika sedang berjalan berdua bersama pengasuhnya pada Rabu lalu.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial, suspek dilihat mengekori kedua-dua mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan raya.
Lelaki yang memakai baju hitam itu juga terus menghampir mangsa dan terus menolak mangsa sebelum cuba membawa lari kanak-kanak terbabit.
Tindakan itu bagaimanapun sempat dihalang oleh seorang pejalan kaki lelaki yang secara kebetulan melalui jalan sama.
Pejalan kaki tersebut kemudiannya bertindak pantas mengejar dan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sehingga ke tengah jalan.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian, suspek berkali-kali bertanya pengasuh terbabit tentang statusnya dengan mangsa.
Bagaimanapun suspek berjaya dikesan dan ditahan pada Jumaat lepas.
Kes juga dilaporkan masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa, manakala kanak-kanak tersebut selamat dalam jagaan keluarganya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram