Ronaldo tiada bakat semula jadi macam Messi, tegas bintang terbaik Manchester


  • Podium
  • Khamis, 21 Nov 2024

Rodri (kanan) telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan bola sepak dengan kenyataannya mengenai Ronaldo (kiri).

PERBINCANGAN mengenai pemain terbaik sepanjang zaman antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bukan hanya sering menjadi perbahasan penyokong bola sepak global, malah menjadi topik pilihan bintang bola sepak yang lain.

Misalnya, baru-baru ini menyaksikan pemain tengah Machester City iaitu Rodrigo Hernandez atau dikenali sebagai Rodri telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan bola sepak dengan kenyataannya mengenai Ronaldo.

Pemain yang baru sahaja dinobat sebagai pemenang Ballon d'Or lelaki berkenaan mendakwa bahawa bintang Portugal itu tidak mempunyai bakat semula jadi berbanding ketua pasukan Argentina tersebut.

BACA LAGI: Gol tunggal pemain JDT bantu Kuching City ‘takluk’ Stadium Bandaraya, gagal padam kemarahan fans Penang terhadap bintang Pantai Timur

BACA LAGI: Masters China: Jun Hao tersingkir, Pearly-Thinaah tewaskan beregu tuan rumah

Rodri yang sedang pulih daripada pembedahan lutut ekoran kecederaan dialaminya sebelum ini membuat kenyataan itu semasa wawancara dengan program TV Sepanyol, El Hormiguero pada Rabu.

Menggambarkan perdebatan mengenai siapa pemain terhebat sepanjang zaman, pemain antarabangsa Sepanyol itu berpihak kepada Messi sambil melontar kritikan pedas terhadap kebolehan Ronaldo.

“Lionel Messi adalah pemain terhebat sepanjang zaman, tanpa sebarang keraguan.

“Ronaldo telah berjaya menandingi Messi tanpa bakat semula jadi. Tetapi kami yang pernah bermain menentang mereka dapat melihat perbezaana antara dua pemain berkenaan," katanya memetik wawancara berkenaan.

Tonggak tengah berusia 28 tahun tersebut menggambarkan cabaran berbeza berdepan dua ikon bola sepak itu, menekankan bahawa Messi menimbulkan ancaman yang jauh lebih berbahaya di atas padang berbanding Ronaldo.

“Dengan Ronaldo, kami tidak mahu dia masuk ke dalam kotak kerana dia membawa maut di sana. Tetapi dengan Messi, bahaya ada di mana-mana di atas padang," tambahnya mengulas berbezaan dua legenda itu.

Komen pemain Sepanyol berkenaan telah mencetuskan perdebatan meluas di kalangan peminat, dengan ramai yang menafsirkan kenyataan Rodri irtu sebagai menolak kebolehan semula jadi Ronaldo.

Dalam pada itu, Rodri juga menggunakan platform itu untuk menceritakan pengalaman kemenangan berprestij Ballon d'Or pada bulan lepas selepas menewaskan Vinicius Junior dari Real Madrid.

“Terdapat khabar angin tiga minggu sebelumnya bahawa Vinicius akan menang, jadi saya tidak mempunyai keyakinan untuk pergi ke gala itu.

“Tetapi sejurus sebelum tiba di Paris, ramai orang mula mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tidak menyediakan ucapan pun, tetapi ayah saya bertegas untuk menyediakan sesuatu (ucapan) sekiranya menang," ceritanya.

Rodri yang berehat panjang akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) menewaskan pemain Brazil, Vinicius dan pemain England, Jude Bellingham, kedua-duanya dari Real Madrid, untuk memenangi hadiah berprestij itu.

Rodri, pemenang kali pertama anugerah itu memainkan peranan penting dalam membantu The Citizens kendalian Pep Guardiola memenangi trofi EPL kali keempat berturut-turut pada musim lalu.

Dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro Jerman 2024 tahun ini selepas membantu Sepanyol menjulang kejuaraan keempat negara Eropah berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram