
SELEPAS tiga bulan, sebuah mahkamah di Bengal barat pada Isnin memulakan perbicaraan ke atas seorang sukarelawan polis yang dituduh merogol dan membunuh seorang doktor di RG Kolej dan Hospital Perubatan Kar di negara itu pada Ogos lalu.
Sanjay Roy yang merupakan sukarelawan polis ditahan pada 10 Ogos, sehari selepas mayat doktor berusia 31 tahun tersebut ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik seminar hospital berkenaan.
Tuduhan terhadap Sanjay dibuat minggu lalu, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya telah dijadikan 'kambing hitam'.
BACA LAGI: Tertinggal 'earphone' bantu polis India cekup suspek rogol, bunuh doktor pelatih
BACA LAGI: Dibuli siber, Imane Khelif saman JK Rowling, Elon Musk dan Trump
#WATCH | Kolkata, West Bengal: While being taken from Sealdah Court, RG Kar Medical College rape and murder accused Sanjay Roy says, "I am telling you it was Vineet Goyal (former Kolkata Police Commissioner) who conspired the whole thing (rape and murder of RG Kar Medical College... pic.twitter.com/ZcTgnll7ue
— ANI (@ANI) November 11, 2024
Pihak berkuasa memaklumkan, kira-kira 128 saksi dipanggil untuk memberi keterangan, dan perbicaraan berlangsung setiap hari dengan tujuan mempercepatkan proses perundangan kes berprofil tinggi itu.
Sumber yang enggan dikenali turut melaporkan bahawa bapa kepada doktor wanita itu memberikan keterangan pada Isnin.
Selain Sanjay, pihak polis juga menahan pegawai yang bertanggungjawab menjaga balai polis tempatan dan bekas pengetua RG Kolej dan Hospital Perubatan Kar, Sandip Ghosh, kerana didakwa mengganggu bukti dan terlibat dalam penyelewengan kewangan.
Moumita (kanan) dirogol dan dibunuh pada 9 Ogos lalu di RG Kolej dan Hospital Perubatan Kar. — Agensi
Bagaimanapun, Sanjay pada Isnin membuat satu dakwaan menggemparkan dengan menamakan bekas Pesuruhjaya Polis Kolkata, Vineet Goyal sebagai dalang sebenar di sebalik insiden kejam itu.
Sanjay membuat tuduhan itu ketika berada di dalam trak polis, sebelum dia dibawa kembali ke penjara selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Sealdah.
"Mereka tidak benarkan saya bercakap sehingga hari ini. Saya tidak melakukan apa-apa. Saya tidak bersalah.
"Saya beritahu anda bahawa Vineet Goyal (bekas Pesuruhjaya Polis Kolkata) yang berkomplot semuanya (merogol dan membunuh mangsa) dan menjebak saya," jeritnya kepada pengamal media yang hadir.
Selama berminggu-minggu protes dilakukan sebagai mengkritik rekod buruk India terhadap keselamatan wanita. — Agensi
Kes menimpa doktor dikenali sebagai Moumita Debnath itu mencetuskan semula kritikan terhadap rekod buruk India mengenai keselamatan wanita meskipun undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan.
Selama berminggu-minggu protes dilakukan dengan masyarakat dari segenap lapisan termasuk golongan doktor muda membuat demonstrasi jalanan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram