POLIS bertindak menyerbu hotel terbiar di Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan pelacuran pada Ahad yang turut menyaksikan 10 wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua wanita ditahan dalam bilik berasingan sekitar tingkat keenam dan ke-11 hotel tersebut dalam Op Noda.
Operasi berkenaan dilancarkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) daripada kontinjen ibu pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.
BACA LAGI: 'Selesai dulu isu asas', rumah pelacuran bukan solusi tangani kes rogol seperti dicadang Rosyam Nor
BACA LAGI: [VIDEO] Cadang pusat pelacuran: Rosyam Nor mohon maaf, perjelas hanya promo podcast di YouTube
Rusdi menjelaskan kesemua wanita menggunakan helah berbeza untuk mencari pelanggan.
Menurut beliau, serbuan pada pukul 11.45 malam itu mendapati kesemua wanita tersebut menggunakan helah berbeza untuk mencari pelanggan dengan kekal berada di dalam bilik berbanding menunggu di kedai makan susulan operasi sebelum ini.
"Siasatan dari bilik ke bilik membantu pihak polis menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan bagi tujuan pelacuran. Kami juga dapati kesemua wanita menawarkan khidmat seks dengan caj RM100 bermula pukul 10 malam sehingga 4 pagi.
"Kesemua wanita yang ditahan disyaki memasuki negara sebagai pelancong dan terlibat dalam aktiviti pelacuran tanpa dalang khusus," kata Rusdi dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau turut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram