[VIDEO] Nak buat 'stunt' tapi tersilap langkah, remaja maut terbabit kemalangan ‘aneh’ di India


  • Benua
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Neeraj Yadav (menaiki basikal) terhantuk kepalanya pada sebuah dinding kemudiannya meninggal dunia.

SEORANG remaja di India maut ketika sedang menaiki basikal dan dalam percubaan melakukan aksi ngeri.

Kejadian yang berlaku di Mira-Bhayandar, Mumbai, India, menyaksikan remaja berusia 16 tahun terkorban ketika cuba melakukan aksi stunt ketika melalui sebuah cerun.

Remaja yang dikenali sebagai Neeraj Yadav itu maut semasa memperlahan basikal ditungganginya sewaktu melalui cerun tersebut. Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: Tak mahu jadi Si Tanggang zaman moden, ibu nekad heret anak ke balai polis di Indonesia

Semasa melalui cerun itu, Neeraj hilang kawalan terhadap basikalnya sehingga dia bertembung dengan dinding yang terdapat sebuah pagar besi di sebelahnya.

Pelanggaran itu menyebabkan kepala Neeraj terhentak kepada dinding tersebut dan mengalami pendarahan dan terbaring di lantai. Mujur, apabila terdapat individu yang mendapatkannya dan membawannya ke hospital.

Neeraj dibawa ke hospital dan apabila di sana, dia disahkan meninggal dunia. Kematian Neeraj dikelaskan sebagai kemalangan oleh pihak hospital.

Berdasarkan pemerhatian video pelanggaran tersebut, dapat dilihat kepala Neeraj mengalami impak yang sangat kuat akibat hentakan pada dinding dalam kelajuan tinggi dari jarak dekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram