[VIDEO] Dua penunggang skuter terselamat terjatuh gaung di China, pemuda 'blur' rupanya sekadar suntingan


  • Benua
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Tangkap layar dua remaja di China selisih maut selepas kedua-dunya terjatuh dalam gaung. — Agensi

SETIAP orang memang ada cerita tersendiri bila berkaitan dengan menunggang motosikal.

Ada yang pernah mengalami detik mencemaskan, kenangan manis bersama kawan-kawan, atau sekadar menikmati angin sepoi-sepoi di jalanan.

Menunggang motosikal memang membawa rasa kebebasan, dan pengalaman menunggang sering kali penuh dengan kenangan—baik di kampung, di bandar, mahupun ketika merentasi jalan yang jauh.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

Bagi dua remaja di China, pengalaman terlibat dalam satu kemalangan selepas salah seorang daripada mereka terpulas minyak motosikal jenis skuter sehingga menyebabkan mereka jatuh gaung pastinya akan diingati seumur hidup.

Walaupun kejadian itu berlaku pada April lalu, namun kejadian yang menimpa kedua-dua remaja terbabit masih lagi menjadi bualan dalam kalangan warga maya.

Manakan tidak, dalam kejadian yang dirakam kamera televisyen tertutup (CCTV) itu memaparkan pemilik skuter berkenaan sedang menghidupkan motosikal tersebut sambil diperhatikan rakannya.

Namun, skuter tersebut secara tiba-tiba memecut ke arah gaung. Dia cuba berpaut pada rakannya namun kedua-duanya terjatuh ke bawah cerun.

Difahamkan, mereka bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Selepas kejadian itu, ada dalam kalangan warga maya nakal menyunting semula video tersebut dengan pelbagai gaya dan kreativiti tersendiri.

Antaranya ialah, melalui satu video yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Jumaat, seorang lelaki menyunting rakaman tersebut dengan meletakkan dirinya berbaring atas motosikal dan tidak menyedari kehilangan kedua-dua mangsa.

Video tersebut turut tular di laman media sosial yang lain sehinggakan ada yang percaya ia merupakan kejadian sebenar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram