[VIDEO] Jadikan iktibar, pekerja kilang di China hilang nyawa, berputar bersama mesin selama lebih 3 minit hingga patah riuk pada 2018


  • Benua
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Tangkap layar seorang pekerja kilang di China maut selepas tangan termasuk dalam silinder mesin. — Agensi

KEMALANGAN di tempat kerja, khususnya di kilang-kilang, boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa amaran.

Insiden-insiden tersebut bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa tetapi juga memberi kesan yang besar kepada operasi syarikat serta kebajikan pekerja.

Dengan pelbagai risiko yang dihadapi pekerja kilang setiap hari, langkah-langkah keselamatan yang ketat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku seperti kejadian ngeri yang menimpa seorang pekerja kilang di China beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2018 itu, seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati selepas dia terlibat dalam satu kejadian ngeri di sebuah kilang pembuatan fabrik.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

Video kemalangan itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan acap kali dimuat naik dalam media sosial.

Malah bukan semua boleh menonton video kemalangan tersebut. Manakan tidak melalui video tular berdurasi seminit lebih itu, lelaki tersebut berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke lantai.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa maut ekoran mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang cuba menyelaraskan fabrik pada mesin tersebut. Tangannya tersangkut pada silinder yang sedang berpusing, menyebabkan keseluruhan badannya terseret masuk ke dalam mesin.

Keadaan bertambah buruk apabila mangsa terus berputar bersama mesin selama kira-kira tiga minit, tanpa bantuan kerana tiada pekerja lain berada berdekatan pada waktu itu.

Tragedi tersebut mengakibatkan kasut dan seluar mangsa tercabut apabila kakinya beberapa kali menghentak permukaan lantai akibat putaran mesin.

Mangsa akhirnya terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai, berlumuran darah. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram