[VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia


  • Benua
  • Khamis, 07 Nov 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal terbaring kaku di sebuah jalan raya selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kenderaan di Mongolia baru-baru ini. — Agensi

KEMALANGAN jalan raya yang berpunca daripada kecuaian sering kali meninggalkan kesan yang mendalam, bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat.

Setiap hari, kita melihat kisah-kisah tragis yang menjadi peringatan tentang pentingnya tanggungjawab di jalan raya.

Satu kesilapan kecil atau tindakan terburu-buru seperti gagal memberikan isyarat ketika membelok boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak ternilai.

BACA LAGI: Warga emas nyanyuk tak sedar anak sudah meninggal 5 hari sehingga polis datang di Tanah Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

Tragedi malang yang berlaku di wilayah Hohhot, Mongolia pada bulan lalu adalah satu contoh nyata bagaimana kecuaian sekecil apa pun mampu mengubah hidup seseorang dalam sekelip mata.

Manakan tidak melalui satu video tular sejak Khamis memaparkan seorang penunggang motosikal maut angkara sikap pentingkan diri sendiri pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV).

Memetik laporan media antarabangsa, dalam kejadian yang berlaku pada 24 Oktober itu, SUV berkenaan secara tiba-tiba menukar laluan dan masuk ke sebuah simpang sehingga menyebabkan mangsa brek mengejut.

Namun, motosikal mangsa hilang kawalan lalu menyebabkan dia terseret beberapa meter sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Lebih mengerikan lagi, impak daripada rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa terbakar dan meletup. Mangsa yang terbaring kaku juga turut disambar api.

Difahamkan, mangsa maut di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah di beberapa anggota badan manakala pemandu SUV tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat berita ini ditulis, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu SUV terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram