Tak mahu jadi Si Tanggang zaman moden, ibu nekad heret anak ke balai polis di Indonesia


  • Benua
  • Khamis, 07 Nov 2024

Tangkap layar memaparkan tindakan seorang ibu membawa anaknya ke balai polis untuk diberi pengajaran oleh anggota polis di Indonesia.

SEORANG wanita di Indonesia mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelakinya ke balai polis berhampiran akibat berang dengan kelakuannya yang keras kepala dan sering melawan cakap.

Tindakan itu dibuat bagi memberi pengajaran dan mendidik anaknya supaya mendengar kata serta tidak mengulangi kesilapan sama.

Insiden yang berlaku di sebuah balai polis di Indonesia itu sempat dirakam individu lain yang berada di tempat kejadian sebelum menjadi tular di media sosial.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

"Seorang ibu sudah angkat tangan (menyerah) dengan sikap anaknya yang keras kepada dan suka melawan, akhirnya (dia) menyerahkan anaknya kepada polis untuk diberi pengajaran," kata hantaran video tersebut.

Berdasarkan rakaman berdurasi seminit sembilan saat yang dimuat naik menerusi laman X (Twitter) @QuoteAja itu, remaja berkenaan dilihat meraung dan merayu kepada ibunya agar tidak menyerahkan dia kepada pihak polis, sambil diperhatikan beberapa anggota lain.

Remaja lelaki tersebut kemudian disoal siasat polis dan mengakui sudah menyesali perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Perkongsian itu juga mendapat perhatian daripada warga maya yang rata-ratanya menyokong tindakan ibu berkenaan mengajar anaknya dengan kaedah sedemikian.

"Bijak ibu ini, budak-budak kebanyakannya takut dengan polis. Mungkin selepas ini, dia akan berubah dan tidak mengulangi perbuatannya. Dengarlah cakap orang tua jika tidak mahu masuk penjara," seloroh @Gamaaintan.

"Dengan cara ini, biar mereka tahu adab dengan ibu bapa. Patutnya polis itu gertak lagi, kalau buat balik perangai lama, minta ibu dan datang dan bawa anak semula," ujar @Sisska.97. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram