Bergson da Silva curi perhatian, sarung jersi 42 milik Arif Aiman


  • Podium
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Bergson kini sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol dalam 11 perlawanan terakhir bersama JDT.

BINTANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Arif Aiman Hanapi terus memperkukuhkan nama di benua Asia apabila membantu Harimau Selatan menundukan Ulsan Hyundai dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Selasa lalu.

Arif Aiman, Bergson da Silva dan Oscar Arribas mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan itu untuk memastikan tiga mata berharga di halaman sendiri.

Pemain muda itu juga tersenarai antara penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) dengan empat jaringan dalam empat perlawanan terakhir.

BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan lama, 3 jurulatih import bawa 'malang' buat Selangor, Penang dan Terengganu

BACA LAGI: KBS letak harapan tinggi buat 2 wakil Malaysia, pastikan M6 berjalan lancar

Disebabkan prestasi yang menakjubkan Arif Aiman bersama JDT musim ini, tidak pelik jika rakan sepasukan sendiri mahu mengambil aura Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia sejak 2021 itu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Bergson selepas dilihat dia memakai baju latihan milik Arif Aiman.

Umum mengetahui Bergson juga merupakan pemain yang mudah didekati rakan sepasukan lain kerana sifatnya yang selalu ceria di dalam bilik persalinan.

WhatsApp Image 2024-11-08 at 3.38.10 PM

Tangkap layar video Bergson memakai baju latihan Arif Aiman.

Musim ini, prestasi Bergson di pentas Asia sedikit tenggelam apabila Hector Bidalgio lebih memilih meletakkan Jorge Obregon sebagai penyerang utama JDT dalam saingan ACLE.

Namun begitu, Bergson kini sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol dalam 11 perlawanan terakhir bersama JDT.

Adakah dengan meminjam baju latihan Arif Aiman, Bergson akan dapat mempertingkatkan kualiti permainannya di pentas Asia seperti yang dilakukan oleh bintang Harimau Malaya itu? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram