[VIDEO] Treler ATM bawa muatan 2 kereta kebal tergelincir, trafik di Lebuhraya KL-Karak sesak


  • Tular
  • Khamis, 07 Nov 2024

Sebuah treler milik ATM dilaporkan terbabas hingga mengakibatkan kemalangan kesesakan teruk di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak pada Khamis.

SEBUAH treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terbabas hingga mengakibatkan kemalangan kesesakan teruk di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak pada Khamis.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.48 petang.

"Maklumat kesesakan di Lebuhraya KL Karak.

"Maklumat awal kemalangan di KM 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak. Lorong kanan arah Barat dan lorong kanan arah timur terhalang (crossbound). Trafik perlahan," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

Sementara itu, tular satu video memaparkan treler milik ATM yang membawa muatan dua kereta kebal hancur teruk di bahagian depan.

Turut kelihatan beberapa anggota ATM berada di tempat kejadian mengawal kesesakan lalu lintas.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, kemalangan itu berlaku dipercayai berpunca daripada jalan licin ekoran daripada hujan lebat.

Kenderaan berat itu berkemungkinan hilang kawalan ketika menuruni kawasan berbukit.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh ATM mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram