[VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin


  • Benua
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Tangkap layar seorang lelaki maut ketika melakukan upacara menyambut tetamu di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

KERIS makan tuan. Hanya itulah yang mampu diungkapkan warga maya usai melihat video seorang lelaki maut tertusuk keris sendiri di Indonesia baru-baru Selasa lalu.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang dikenali sebagai Fajar sedang melakukan upacara tradisi 'angngaru' di hadapan pengantin baharu pada waktu kejadian di Desa Malise dekat Pundata Baji.

Tragedi malang itu juga dirakam oleh tetamu yang berada di majlis berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kilang di China temui ajal kepala tersepit ketika cuba keluarkan kertas tersekat pada mesin

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai 3 kereta berhenti mengejut cuba elak budak kecil main sendirian di tengah jalan

Melalui video yang tular di laman media sosial sejak Ahad itu memaparkan Fajar yang lengkap berpakaian masyarakat Bugis sedang menyambut tetamu dengan membuat upacara ritual menyambut pengantin.

Namun, ketika dia menghunus keris tersebut di dadanya, Fajar tiba-tiba rebah dan terus jatuh tersungkur.

Melihat situasi tersebut, keluarga pengantin terus mengangkat Fajar dan cuba memberikan pertolongan cemas.

Difahamkan, Fajar meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Labakkang, Aidil Akhbar mengesahkan kejadian terbabit.

"Mangsa meninggal dipercayai kerana tidak berhati-hati ketika melakukan ritual tersebut," ujarnya.

Untuk makluman, 'angngaru' merupakan adat bangsa Bugis yang sering dipersembahkan pada majlis menyambut tetamu atau perkahwinan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram