[VIDEO] Biadab dekat negara orang, ‘influencer’ AS, Johnny Somali dilarang keluar dari Korea Selatan, dijel 10 tahun


  • Benua
  • Khamis, 07 Nov 2024

Johnny atau nama sebenarnya Ramsey Khalid Ismael merupakan pempengaruh penstriman langsug yang sering menimbulkan kontroversi dengan kandungan provokatifnya. — Agensi

POLIS Korea Selatan mengeluarkan larangan kepada pempengaruh penstriman langsung dari Amerika Syarikat, Johnny Somali untuk meninggalkan negara tersebut selepas dia sedang disiasat berhubung kesalahan melakukan gangguan terhadap perniagaan dan dakwaan penggunaan dadah.

Balai Polis Seoul Mapo memulakan siasatan terhadap Johnny Somali selepas didakwa mengganggu perniagaan di sebuah kedai serbaneka pada 17 Oktober lalu.

Pencipta kandungan itu didakwa menuang mi segera di atas meja selepas seorang pekerja menghalangnya daripada minum minuman beralkohol.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Dia juga didakwa bertindak balas dengan kekerasan selepas pekerja di kedai terbabit berusaha untuk menghentikan siaran langsung dibuat.

Dalam pada itu, polis mendedahkan mereka juga merancang memulakan siasatan berhubung dakwaan penggunaan dadah oleh pempengaruh berkenaan selepas menerima laporan melalui talian kecemasan dengan Johnny turut berdepan potensi menerima hukuman dipenjara sehingga 10 tahun.

Johnny Somali atau nama sebenarnya Ramsey Khalid Ismael merupakan pempengaruh penstriman langsung yang sering menimbulkan kontroversi dengan kandungan provokatifnya.

Dia dilarang memasuki Jepun selepas didakwa atas tuduhan "menganggu perniagaan secara paksa" di sebuah restoran Gyudon di Osaka dan terpaksa menceroboh sebuah tapak pembinaan.

6152430417345626233

Antara perbuatan biadab dilakukan Johnny terhadap patung monuman yang didirikan bagi mengingati mangsa penghambaan ketika penjajahan Jepun. — Agensi

Johnny baru-baru ini menimbulkan kemarahan di Korea Selatan kerana beberapa siri tindakan melampau dilakukannya di tempat awam.

Dia bukan sahaja dihalau keluar dari kereta api bawah tanah Seoul kerana membuat bising semasa siaran langsung, tetapi juga bersikap biadab apabila dirakam mencium patung Statue of Peace, satu monumen yang didirikan bagi mengingati mangsa penghambaan ketika penjajahan Jepun.

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa pempengaruh media sosial di Korea Selatan dilaporkan secara aktif berusaha menjejaki Johnny, malah ada yang berniat untuk berdepan dengannya secara fizikal.

Dalam satu kejadian, Yoo Dal Geun, bekas anggota tentera Korea Selatan dirakam terlibat dengan pergaduhan bersama Johnny semasa siaran langsung.

Bagaimanapun, anggota polis yang berada berhampiran dengan pantas menangkap Dal Geun sebelum dia dibebaskan semula. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram