PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Donald Trump atas kemunculan semula yang luar biasa selepas menang dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.
Menerusi hantaran di laman Twitter (X) pada Rabu, Anwar berkata, kemenangan Trump akan membawa lembaran baharu dalam memperbaharui peluang-peluang dan bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan keyakinan, kerjasama dan tujuan bersama.
BACA LAGI: Trump tewaskan Kamala Harris, 'negeri atas pagar' bantu kemenangan pilihan raya Presiden AS
BACA LAGI: Kes tekap seterika di UPNM: Tiada unsur buli, hanya gurau spontan — Polis KL
“Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar bagi Malaysia dan menjadi pemain penting di rantau Asia-Pasifik.
“Sebagai Pengerusi Asean pada tahun 2025, Malaysia berharap agar Amerika Syarikat dapat menggiatkan semula pembabitannya dengan Asia Tenggara.
"Kami juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine.
"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden yang akan datang untuk memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita," katanya memetik ciapannya di laman X pada Rabu.
Congratulations to @realDonaldTrump on his remarkable political comeback and victory in the US presidential election. This new chapter brings renewed opportunities, and we’re ready to move forward with optimism, collaboration and shared purpose.
The United States remains... pic.twitter.com/d5wjMzhtto
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 6, 2024
Sebelum ini, Trump dilaporkan menang pilihan raya Presiden AS apabila sudah melepasi majoriti diperlukan untuk memenangi jawatan nombor satu berkenaan dengan 277 undi elektoral.
Memetik laporan dari Anadolu Agensy, Trump pada Selasa berhasil menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Naib Presiden, Kamala Harris dan sekali gus bakal menyaksikan bekas presiden itu kembali ke Rumah Putih.
Lebih mengejutkan apabila ahli perniagaan berusia 78 tahun berkenaan berhasil meraih undi di 'negeri atas pagar' seperti Pennsylvania, Georgia, Carolina Utara, Michigan, Arizona, Wisconsin, dan Nevada.
Bercakap kepada penyokongnya pada Rabu di ibu pejabat kempennya di Florida, Trump menyatakan bahawa akan memperjuangkan semua nasib rakyat AS sambil mengucapkan terima kasihnya kepada pengundi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram