SEBUAH pesawat dipercayai milik tentera India terhempas di Agra, Uttar Pradesh, India semasa melakukan latihan.
Pesawat jenis MiG-29 itu terhempas ketika melakukan latihan rutin penerbangan yang berlepas dari Adampur, Punjab menuju ke Agra.
Dalam video yang tular di media sosial, jet pejuang buatan Rusia itu dilihat terbakar dengan seorang juruterbang di dalamnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Rusia cipta penembak dron mudah alih pertama di dunia, bakal ubah nasib perang di Ukraine
Juruterbang yang dikenali sebagai Manish Mishra itu bagaimana pun didapati selamat dan berjaya dikeluarkan daripada pesawat.
Laporan mendapati punca terhempasnya jet pejuang itu kerana kegagalan sistem semasa latihan penerbangan yang mengakibatkan jet pejuang itu hilang kawalan dan terhempas di kawasan tanah lapang.
"Pesawat MiG-29 milik Angkatan Tentera Udara India (IAF) terhempas berdekatan Agra semasa latihan harian, selepas berdepan masalah.
"Juruterbang yang mengendalikan jet pejuang itu tidak mengalami kecederaan semasa. Kami sudah mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan," kata IAF.
Untuk rekod, kejadian itu adalah yang kedua dalam masa dua bulan. Sebelum ini, kejadian serupa berlaku pada September di wilayah Rajasthan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram