SEORANG lelaki terpaksa menahan kesakitan dan malu selepas ditampar oleh anggota polis di hadapan orang ramai di sebuah premis di Brazil pada 20 Oktober lalu.
Video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Sabtu memaparkan detik-detik polis tersebut bersemuka dengan lelaki berbaju biru dipercayai telah bertindak mengasari ibunya yang sakit dan terlantar atas kantil di rumah.
Dalam video sama, jelas kelihatan riak wajah anggota polis terbabit yang menahan marah apabila melihat lelaki itu seolah-olah dalam pengaruh alkohol.
BACA LAGI: Musim kenduri kahwin, tetamu majlis dinasihat jangan parkir depan pagar rumah jiran tuan rumah
BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang
Tanpa menunggu lama, anggota itu terus menghampirinya lalu menampar sebanyak tiga kali sehingga lelaki tersebut terjatuh dan terduduk di atas lantai.
Bunyi tamparan yang kuat itu sekali gus membuatkan pelanggan dan pekerja kedai terdiam hingga menyebabkan suasana premis sunyi seketika.
Beliau juga sempat memberi kata-kata nasihat sebelum menampar lelaki berkenaan.
"Inilah yang patut awak kena kerana memukul ibu awak. Saya akan bercakap dengan awak sekali sahaja.
"Jika anda pindah ke rumah ibu anda lagi dan memukulnya, tahukah anda dia adalah seorang wanita tua di atas katil," katanya.
Katanya, perbuatannya menampar lelaki itu adalah wajar kerana lelaki itu mengasari warga emas yang juga ibunya.
Keberanian anggota polis itu secara tidak langsung meraih perhatian orang ramai dan menjadikan dirinya sebagai wira yang bertindak adil meskipun dilihat sedikit ganas.
Pihak polis bagaimanapun menjalankan siasatan terhadap anggota berkenaan selepas menyedari tentang kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram