[VIDEO] Angkara langgar lari, pemandu lori kontena rempuh berbelas kenderaan di Tangerang kena belasah sampai hilang nyawa


  • Benua
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Lori kontena langgar berbelas kenderaan sehingga cedera berpunca dari kes langgar lari di Tangerang, Indonesia pada Khamis.

KEJADIAN langgar lari lori kontena di Cipondoh, Tangerang, Banten, Indonesia pada petang Khamis melibatkan berbelas kenderaan mengakibatkan beberapa orang cedera.

Menurut saksi, lori tersebut melanggar beberapa kereta dan motosikal di Kota Tangerang yang bertindak memandu secara semberono dari arah perumahan Graha Raya, Bintaro ke Tugu Adipura.

Difahamkan, lori itu dikejar oleh para penduduk sepanjang perjalanan.

Media antarabangsa melaporkan, Aris yang merupakan saksi kejadian pada ketika itu sedang bermain muzik di Bundaran Tugu Adipura sekitar pukul 3.30 petang ternampak lori itu melulu dengan cepat dari arah Cipondoh.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak berdosa jika kelahiran bayi tanpa disusuli akikah, ibu bapa kurang mampu boleh minta bantuan famili terdekat

BACA LAGI: [VIDEO] Perkongsian Nora Danish-Neelofa penting cari reda ALLAH dalam perkahwinan, pakar motivasi nasihat penting pilih pasangan bertanggungjawab bukan semata cinta

"Kebetulan lampu hijau, jadi tidak banyak kenderaan yang terkena," ujarnya.

Pemandu lori itu cuba untuk melarikan diri di Tugu Adipura namun gagal apabila dihalangi oleh beberapa kenderaan lain.

"Dia terus membelok seolah-olah mahu berpatah balik tetapi dihalang oleh sebuah teksi dan kenderaan lain.

"Apabila dia menghantam penunggang di hadapan lalu cuba mengundur, tayar keretanya terhalang di taman mini Tugu Adipura," tambahnya.

Pegawai Penyiasat Kemalangan di Pejabat Polis Metro Tangerang Kota (IPDA) Tito Subiyanto berkata, kronologi kejadian lori kontena melanggar kenderaan lain itu berpunca dari insiden langgar lari.

"Ya, lori itu melanggar motosikal dahulu dan kemudian dikejar oleh penunggang motosikal grab," katanya.

IPDA Tito berkata, lori kontena itu bergerak laju dan melanggar motosikal di Neroktog lalu berpusing di Graha dan akhirnya berada di lokasi kejadian di Jalan Hasyim Asyari, Cipondoh, Tangerang.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap pemandu lori itu namun dia sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, maklumat mengenai mangsa yang meninggal dunia sehingga kini masih belum dapat dipastikan.

"Kami sedang menjalankan siasatan juga dan terdapat yang cedera ringan. Setakat ini, semua mangsa yang cedera ringan masih berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap," tambahnya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kemalangan lalu lintas berlaku di Jalan Hasyim Asyari, Cipondoh, Tangerang, melibatkan sebuah lori dan 16 kenderaan lain termasuk beberapa motosikal.

Menerusi video yang tular itu memaparkan lori berkenaan dipercayai menjadi punca penyebab kemalangan itu diserang oleh orang ramai.

Beberapa buah kenderaan kelihatan rosak dan remuk teruk gara-gara dilanggar pemandu berkenaan.

Maklumat terkini dari salah seorang warga maya menyatakan pemandu itu dipukul teruk orang ramai sehingga meninggal di tempat kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram