[VIDEO] Tak puas hati ditegur berlagak tayang kereta EV baharu, lelaki rempuh geng superbike depan kafe di Jiangsu


  • Benua
  • Ahad, 27 Okt 2024

Tangkap layar insiden kekecohan yang berlaku melibatkan seorang pemandu bersama sekumpulan penunggang motosikal di sebuah kafe di wilayah Jiangsu, China pada Khamis.

SEORANG lelaki di wilayah Jiangsu, China bertindak agresif termasuk menikam sehingga mengakibatkan kematian seorang individu dan merempuh sebuah kafe menggunakan keretanya selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek berusia 23 tahun pada awalnya dilapor menayangkan kereta elektrik jenis Xiaomi SU7 berwarna putih yang baru dibelinya kepada pelanggan di kafe terbabit.

Pada masa sama, dia turut mengajak kumpulan penunggang motosikal yang berada di kedai kopi berkenaan untuk berlumba dengan kenderaan baharu yang dibelinya.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

6120477101908934420

Suspek (dua dari kanan) dilihat bertelingkah dengan sekumpulan penunggang motosikal di sebuah kafe. — Agensi

Keangkuhan suspek itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang kurang senang dalam kalangan kumpulan penunggang terbabit dengan ada antara mereka bertindak memaki lelaki berkenaan.

Pertelingkahan mulut yang kemudiannya tercetus menjadi bertambah tegang apabila suspek bertindak agresif termasuk menyerang kumpulan berkenaan dengan menggunakan pisau.

Pemuda berkenaan seterusnya dilaporkan bertindak memandu kenderaannya merempuh motosikal yang diletakkan di luar kafe terbabit.

6120477101908934414

Video tular memaparkan tindakan suspek memandu merempuh motosikal yang diletakkan di luar kafe berkenaan. — Agensi

Tidak cukup dengan itu, kenderaan dipandu suspek juga merempuh pintu masuk premis kedai kopi tersebut.

Tindakan lelaki berkenaan yang memandu melulu melanggar motosikal dan kedai kopi terbabit turut dirakam dan tular di media sosial.

Polis mengesahkan dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 32 tahun maut akibat kecederaan tikaman pisau yang dialaminya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dilaporkan berjaya menahan suspek yang cuba melarikan diri dengan menaiki kereta selepas mendapat laporan mengenai insiden tersebut sekitar pukul 9.35 malam Khamis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tikam, bunuh, maut, Jiangsu, China, Xiaomi SU7, kereta EV