Cuba jimatkan kos, permintaan MU tumpangkan Garnacho dan Mainoo pergi Ballon d'Or ditolak mentah-mentah Man City


  • Podium
  • Ahad, 27 Okt 2024

Mainoo (kiri) dan Garnacho tercalon sebagai pemain yang akan bersaing bagi merebut anugerah Ballon d'Or. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan membuat permintaan kepada seterunya, Manchester City untuk menumpangkan dua pemain kelab bola sepak itu, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo dalam penerbangan bagi menghadiri acara anugerah Ballon d'Or yang akan berlangsung pada Selasa ini.

Bagaimanapun, permohonan itu dipercayai ditolak dengan penyandang juara Liga Perdana Inggeris terbabit memaklumkan bahawa jumlah penumpang bagi penerbangan terbabit sudah penuh.

Rombongan Manchester City ke anugerah berkenaan akan melibatkan lapan orang pemainnya yang tercalon.

BACA LAGI: Legenda Man United mula beralih angin, pilih Liverpool tumbangkan Arsenal

BACA LAGI: Terlepas aksi Liverpool, Arsenal enggan kemuka rayuan layangan kad merah William Saliba

6120951481046780244

Manchester United dilaporkan sedang menjalankan langkah penjimatan kos susulan pengambil alihan kelab oleh Ratcliffe dan kumpulan perniagaannya, INEOS. — Agensi

Mail Sport difahamkan bahawa juara Liga Perdana itu telah menyewa sebuah jet peribadi untuk membawa delegasi besar mereka ke Paris, Perancis untuk terbabit yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini.

Manchester United ketika ini difahamkan sedang melaksanakan langkah penjimatan kos susulan pengambil alihan kelab terbabit oleh Sir Jim Ratcliffe dan kumpulan perniagaannya, INEOS.

Difahamkan, langkah untuk menghantar dua pemainnya untuk menaiki jet peribadi juga disifatkan sebagai satu tindakan tidak sesuai dengan iklim semasa.

Ini kerana United difahamkan turut menjalankan inisiatif mengurangkan jejak karbon pasukan itu dengan kelab terbabit mengambil pendirian memastikan pemain mereka berkongsi penerbangan pulang daripada tugasasan antarabangsa termasuk dari tempat seperti benua Amerika Selatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram