Salah guna dana program penerbangan, MARA fail saman terhadap Skyvax


  • Berita
  • Ahad, 27 Okt 2024

SEBUAH Syarikat bumiputra dikenakan tindakkan saman oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas didakwa menyeleweng dana daripada program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada Akademi penerbangan di Republik Czech.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MARA berkata pihak mereka memfailkan saman terhadap Skyvax Holdings Sdn Bhd pada 7 Jun 2022 dengan menuntut €478,349.14 (RM2.24 juta) bersama ganti rugi teladan, kos dan faedah.

"Penghakiman ingkar telah diperoleh terhadap syarikat (defendan pertama) dan salah seorang pengarahnya (defendan kedua) pada 19 Sept 2022. Perbicaraan penuh terhadap pengarah lain (defendan ketiga) telah selesai pada 15 Julai 2024 dan ditetapkan untuk keputusan pada 9 Jan 2025.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga di Terengganu minta maaf, tak bakar jagung dah takut beri kesan kepada pelanggan

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan menjerit minta tolong lihat kawan hilang dihanyut ombak deras ketika mandi-manda di Indonesia

"Pelaksanaan penghakiman melalui writ penyitaan dan penjualan (WSS) telah diambil terhadap syarikat pada 22 Jan 2024, tetapi aset syarikat telah dilupuskan. Notis kebankrapan telah difailkan terhadap defendan kedua," kata.

Menurut MARA, laporan polis berhubung kes itu telah difailkan di balai polis Dang Wangi pada 28 Januari 2022.

Selain itu, tiada laporan salah laku terhadap pegawai itu dibuat oleh mana-mana pihak.

Susulan laporan tersebut, pihak MARA dipanggil untuk membantu siasatan dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama, 39 pelajar yang ditaja di bawah program tersebut telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Terdahulu, seramai 50 bakal juruterbang dilaporkan menanggung kerugian apabila mendapati Skyvax telah salah guna dalam menguruskan dana pelatih penerbangan selepas mereka mendaftar dengan syarikat itu antara 2019 dan 2022.

Syarikat itu dikatakan bekerjasama dengan MARA untuk menghantar pelajar menjalani latihan di Republik Czech. Bagaimanapun, sejumlah bilangan pelajar termasuk yang bukan di Bawah penajaan Mara mendakwa tidak dapat menamatkan Latihan tersebut kerana kegagalan syarikat membayar akademi latihan penerbangan di sana.The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

==========

Keyword- penerbangan, MARA, Majlis Amanah Rakyat, bumiputra, Penghakiman, dakwa

sumarry- Program latihan penerbangan sepatutnya dibayar kepada Akademi penerbangan di Republik Czech gagal dilaksanakan.