[VIDEO] Ramai tak sayang nyawa, berebut nak melintas walau kereta api beberapa saat hampir tiba di Indonesia


  • Benua
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan puluhan pemilik kenderaan yang cuba melintasi landasan kereta api di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

MESKIPUN banyak kejadian dan kemalangan berlaku di kawasan landasan kereta api, namun masih ramai pengguna jalan raya bertindak peka dengan risiko bahaya tersebut.

Sama dengan situasi yang berlaku baru-baru ini melibatkan beberapa pengguna yang mahu melintasi landasan kereta api di Indonesia.

Menerusi video tular di media sosial, puluhan penunggang motosikal dan pemandu kereta berpusu-pusu mahu melepasi palang yang sudah ditutup untuk memberi laluan kepada kereta api.

BACA LAGI: 'Sedih ramai 'sign' tak setuju', masih ada guru, penjawat awam lain tak faham kebaikan SSPA

BACA LAGI: Karnival MBMMBI lambang jati diri, elak generasi muda salah guna bahasa

Dalam video sama, sebuah kereta dilihat merempuh palang untuk melintas landasan tersebut sehingga menyebabkan para petugas keluar membantu mereka.

Susana di lokasi itu juga kelihatan tegang sambil petugas yang bergegas membantu mengosongkan laluan tersebut daripada kenderaan dan manusia.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika beberapa saat kereta api tersebut hampir tiba di laluan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan berhubung kejadian setakat ini.

Tindakan itu secara tidak langsung menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap terlalu pentingkan diri tanpa mempedulikan nyawa sendiri.

Rata-rata warga maya juga kecewa apabila melihat sikap pengguna yang seakan-akan tidak serik dan kerap melakukan kesalahan sama berulang kali.

Mereka juga menyarankan agar orang ramai dapat bersabar dan memahami peraturan ditetapkan oleh pihak kereta api demi keselamatan pengguna.

"Tidak bolehkah kita bersabar beberapa minit untuk keselamatan kita juga. Kalau tak melibatkan orang lain pun tak apa. Ini menjadikannya lebih menyusahkan dan menambah kerja orang lain," komen @Poestinyo.

"Memang takut tengok ya Tuhan, kenapa tak boleh sabar sekejap macamtu. Yang ada kereta pun memang gila, nak cuba dilanggar ke," tambah @scholasicafio03. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram