Karnival MBMMBI lambang jati diri, elak generasi muda salah guna bahasa 


  • Primer
  • Khamis, 24 Okt 2024

Pelbagai pertandingan dan acara dilaksanakan ketika Karnival MBMMBI dijalankan.

PENGANJURAN Karnival Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Institut Pendidikan Guru IPGM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 dijadikan sebagai dasar yang selari dengan matlamat Pendidikan Abad Ke-21 yang menekankan kemahiran dwibahasa.

Penganjuran karnival itu bagi menyokong agenda Reformasi Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah Pasukan Petugas Khas Bahasa MBMMBI.

Penggabungan tenaga dan garapan idea daripada 27 buah IPGM Kampus seluruh negara juga dapat menyemarakkan aktiviti kebahasaan dalam kalangan pensyarah, siswa guru, sekolah pengajar IPG dan komuniti setempat.

WhatsApp Image 2024-10-24 at 17.34.03

Dr Azam mengharapkan agar karnival itu dapat membantu memperkasakan kemahiran dwibahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia.

BACA LAGI: Polis buru 4 lelaki bantu kes dakwaan anak Abuya dikurung di Batu Hampar

BACA LAGI: Sahkan tiada aktiviti letupan kuari, Polis Perak siasat punca sebenar bunyi dentuman kuat di Ipoh

Rektor IPGM, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, peranan bahasa kini menjadi lebih penting.

Beliau berkata, karnival itu menjadi platform untuk menyemai semangat cinta akan bahasa, ilmu dan budaya yang akan kekal menjadi warisan generasi akan datang.

“Karnival MBMMBI kali ini membawa tema yang sangat sesuai dengan aspirasi negara, iaitu ‘Seni Berbahasa Wahana Perpaduan Madani’.

“Tema ini melambangkan peranan penting bahasa sebagai medium perpaduan, selari dengan prinsip-prinsip Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, kesaksamaan, dan keharmonian.

“Justeru, pelbagai aktiviti dan pertandingan dilaksanakan bagi memupuk semangat dan mewujudkan suasana realiti terutamanya dalam kalangan muda,” katanya kepada pemberita ketika majlis perasmian pembukaan Karnival Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris 2024 di IPG pada Khamis.

WhatsApp Image 2024-10-24 at 17.35.23

Usaha itu melibatkan warga pendidik dan para pelajar di seluruh Malaysia.

Menurutnya, usaha itu juga bukan bertujuan untuk memperlihatkan perbezaan tetapi kebersamaan.

Beliau juga berkata, ia sekali gus dapat mengelakkan masyarakat terutamanya generasi muda menggunakan bahasa dengan betul.

“Disebabkan itu, pengalaman yang hidup perlu diwujudkan bagi merangsang anak-anak dalam kemahiran dwibahasa.

“Hal ini kerana, dalam era digital ini, kedua-dua bahasa boleh terancam dan boleh membuatkan mereka guna bahasa yang maksudnya tidak difahami,” jelasnya.

Sementara itu, karnival MBMMBI diadakan selama dua hari iaitu bermula Khamis hingga Jumaat di IPG Kampus Bahasa, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram