KEGIATAN seorang lelaki mengedar wang tunai palsu di Pangalengan, Bandung, Indonesia terbongkar selepas aktivitinya itu dikesan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Kejadian tersebut turut tular selepas ia dikongsikan di TikTok akaun TikTok galery_militer sejak Rabu lalu.
Menerusi klip tersebut, suspek dilihat sedang dipukul berkali-kali oleh seorang anggota tentera yang memakai pakaian celoreng sambil disoal siasat.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Difahamkan, itu bukan kali pertama dia melakukan kegiatan tersebut.
Ini kerana suspek disyaki mengedar dan menggunakan wang palsu itu di beberapa gerai sekitar lokasi kejadian.
Di dalam video berkenaan, lelaki berkenaan turut mengaku kesalahannya dengan memaklumkan dia mendapat wang palsu itu daripada rakannya.
Dia juga dilihat tidak mampu melawan apabila dipukul bertubi-tubi oleh anggota tentera terbabit.
Bagaimanapun nasib pengedar wang tersebut tidak dapat dipastikan sama ada dia diserahkan kepada pihak berkuasa atau tidak.
Pihak polis Indonesia juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram