[VIDEO] Tindakan atlet profesional Slovakia berenang dalam tasik beku hampir makan diri, mujur masih bernyawa lepas 2 tahun


  • Benua
  • Rabu, 23 Okt 2024

Walaupun dua tahun sudah berlalu, namun tindakan Boris berenang di dalam tasik beku masih lagi membuatkan warga maya berdebar-debar setelah dia tidak menemui jalan keluar. — Agensi

DUA tahun sudah berlalu, namun tindakan seorang pemain hoki ais terkenal Slovakia, Boris Oravec berenang di dalam tasik beku masih lagi membuatkan warga maya yang melihat videonya rasa berdebar.

Manakan tidak, dalam video berdurasi kurang seminit itu memaparkan atlet profesional itu hilang arah ketika berenang di dalam sebuah tasik beku di Slovakia pada 2022.

Video itu pada mulanya dimuat naik di laman Instagram dan TikTok Boris bagi menunjukkan skil dan berenang di dalam tasik beku tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyamar tukang cuci, warga asing cuba culik budak lelaki 2 tahun diberkas orang awam di Rawang

BACA LAGI: Ambil iktibar tragedi Farah Kartini, wanita perlu belajar seni pertahan diri — Kak Long Zara

Namun, tindakannya itu memakan diri selepas beberapa saat dia menyelam, Boris tidak menjumpai jalan keluar dan mula berenang ke arah yang salah.

Dia yang berusia 31 tahun pada ketika itu juga dilihat panik selepas cuba mengetuk lapisan ais yang tebal.

Lebih mendebarkan lagi, rakan sepasukannya juga turut cuba memecah lapisan ais tebal dan menjerit ke arahnya namun tidak berjaya.

Namun, Boris bernasib baik apabila dia berjaya menemui jalan keluar tepat pada masanya.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah dimuat naik di pelbagai platform media sosial sehingga kini bagi memberi amaran kepada masyarakat di luar sana untuk tidak melakukan perbuatan berbahaya seperti Boris. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram