Kediaman PM Israel jadi sasaran serangan dron


  • Benua
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Kediaman Perdana Menteri Israel menjadi sasaran serangan dron.

KEDIAMAN milik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang terletak di bandar pantai Caesarea, menjadi sasaran serangan dron pada Sabtu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, serangan dron itu "ditujukan" ke arah kediamannya dengan Netanyahu dan isteri tidak berada di tempat kejadian semasa insiden tersebut berlaku.

Menurut kerajaan Israel, serangan yang terdiri daripada tiga dron itu dilancarkan dari Lubnan dan satu daripadanya terkena sebuah bangunan di Caesarea.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Wira pandu melulu di George Town ada 12 rekod jenayah

BACA LAGI: RUU Tahanan Rumah jangka dibentangkan pada 2025 — Saifuddin Nasution

Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu (L) sits next to his wife Sara during a visit at the Expo 2015 global fair in Milan, northern Italy, August 27, 2015. REUTERS/Flavio Lo Scalzo/Files

Netanyahu (kiri) dan isteri menjadi sasaran serangan dron.

Israel Defense Forces (IDF) berkata, pihaknya memintas dua daripada tiga dron yang dihalakan ke kediaman pemimpin tersebut.

"Terdapat tiga objek tidak diketahui terbang merentasi Israel dari arah Lubnan.

"Dua daripadanya dipintas. Satu lagi terkena bangunan di Caesarea dan tiada kecederaan.

"Perdana Menteri Israel dan isteri tidak berada di lokasi dan tiada sebarang kecederaan direkodkan daripada insiden itu," kata kenyataan IDF.

Menurur laporan, Netanyahu mempunyai dua kediaman iaitu di Caesarea dan Baitulmaqdis yang merupakan rumah rasminya sebagai pemimpin Israel dan sedang diubah suai ketika serangan itu berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram