[VIDEO] 'Semua pengecut', bapa tak bagi muka, sekolah senyap lepas anak perempuan diintai dalam tandas di AS


  • Benua
  • Khamis, 17 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan Matthews bersama anaknya yang berdiri di hadapan barisan lembaga sekolah di AS.

SEORANG bapa di Amerika Syarikat (AS) bertindak berani tampil di hadapan pihak lembaga sebuah sekolah selepas mendapati anak perempuannya berusia lapan tahun diintai seorang pelajar lelaki di dalam tandas.

Aksinya yang memimpin tangan anaknya untuk bercakap di hadapan barisan warga pendidik dalam sebuah bilik itu mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Matthews memberitahu para ahli lembaga sekolah di Cabarrus County, Carolina, AS dengan lantang apabila bersikap 'lepas tangan' mengabaikan kejadian itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Usaha kecil tapi impak besar, ramai doakan ‘Abang Bas’ tolong buang air banjir

BACA LAGI: 'Jangan takut gagal', remaja 16 tahun gigih tulis, sampaikan 101 ucapan berani cabar potensi diri

Lebih menambah keberangannya apabila melihat reaksi mereka yang seolah-olah tidak peduli untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana mampu tersenyum ketika menjawab soalan.

"Pengecut, saya akan beritahu anda dan ingin buktikan bahawa kamu semua adalah munafik.

"Jadi, setiap daripada anda terutamanya wanita, saya mahu anda menjemput suami anda dan pergi ke bilik air.

"Saya mahu kamu lihat saya pula yang mengintai anda di bilik mandi dan mari kita lihat jika mereka marah," ugutnya di hadapan khalayak ramai.

Matthews pada masa sama mendesak agar mereka melakukan sesuatu untuk membela hak dan keselamatan kanak-kanak di sekolah.

Tindakannya itu sekali gus menerima reaksi balas positif daripada ibu bapa lain yang bersorak dan bertepuk tangan sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut juga ternyata berpuas hati dengan bapa berkenaan kerana berani bersuara mewakili ibu bapa lain dalam melindungi anak.

"Hujah lelaki ini tidak boleh disangkal lagi. Lindungi gadis dan wanita di negara kita. Hentikan bercakap kosong," komen @FreedomWerx.

"Terbaik, masih ada bapa yang baik di dunia ini," kata @Notmyfault99.

"Ibu bapa lain pun perlu mula lakukan perkara sama. Anak perempuan saya kini berusia lebih 30 tahun, tetapi jika dia menghadapi seperti itu, saya pun akan buat perkara sama," tambah @gator5266. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram