Liam Payne berkelakuan aneh, hempas komputer riba sebelum meninggal dunia


  • Benua
  • Khamis, 17 Okt 2024

Payne menjadi terkenal selepas menghabiskan enam tahun bersama kumpulan penyanyi One Direction sejak 2010. — Agensi

PEMINAT kumpulan muzik berasal dari United Kingdom, One Direction menerima berita mengejut pada Khamis selepas bekas penyanyinya, Liam Payne meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Berdasarkan laporan terkini, punca kematian adalah apabila dia terjatuh daripada balkoni Hotel CasaSur Palermo sekitar Buenos Aires, Argentina dengan unsur jenayah masih sedang disiasat.

Namun, menurut perkongsian beberapa orang saksi, artis kelahiran England itu didapati berkelakuan aneh beberapa jam sebelum kejadian apabila dia melakukan kekacauan di lobi hotel.

BACA LAGI: Harry Styles buat perangai tak senonoh, minum air guna kasut masa konsert

BACA LAGI: Harry Styles rakam album ketiga senyap-senyap

Ini termasuk menghempas komputer riba miliknya sehingga memaksa pihak hotel membawanya ke bilik atas kelakuan yang hanya mengganggu tetamu lain di kawasan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Payne dilaporkan terjatuh dari balkoni biliknya dengan pihak berkuasa Argentina masih belum mengesahkan sama ada ia adalah satu kemalangan atau sebaliknya.

WhatsApp Image 2024-10-17 at 8.30.11 AM

Pihak berkuasa Argentina sudah berada di lokasi kejadian sejak insiden berlaku. — Agensi

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian peminatnya, perkongsian di platform media sosial miliknya kelihatan normal apabila dia berkongsi keadaan semasanya di negara Amerika Selatan itu.

Payne sebelum ini dilaporkan bercuti di Argentina bagi memberi sokongan kepada seorang lagi bekas ahli kumpulan One Direction, Niall Horan yang dijadualkan mengadakan konsert di sana.

Malah, dia turut ditemani teman wanitanya, Kate Cassidy dengan terdapat juga laporan mengatakan dia sedang mempersiapkan diri bagi kes mahkamah dengan bekas pasangannya, Maya Henry.

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada isu berkenaan menjadi faktor atas kematiannya dengan pihak forensik dan polis Argentina sudah berada di lokasi insiden sejak beberapa jam lalu.

Mendiang dikenali ramai selepas menjadi salah seorang ahli One Direction dengan beberapa album sempat dikeluarkan selama enam tahun bermula 2010 mereka aktif dalam dunia muzik antarabangsa.

Walaupun sudah dibubarkan hampir 10 tahun lalu, orang ramai masih mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan yang diharapkan dapat bergabung sekali lagi pada masa akan datang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram