Bandai Namco didakwa buang pekerja, guna kaedah 'bilik penyingkiran' buat staf berhenti secara sukarela


  • Benua
  • Rabu, 16 Okt 2024

Ada sesetengah syarikat Jepun mengamalkan bilik pengusiran atau ‘oidashi beya’ untuk memberi tekanan kepada pekerja supaya mereka berhenti secara sukarela.

PENERBIT permainan video Bandai Namco Holdings Inc telah mengurangkan tenaga kerjanya selepas membatalkan beberapa produknya berikutan permintaan yang kurang memberangsangkan.

Syarikat yang berpangkalan di Tokyo, Jepun itu mengambil pendekatan tradisional dengan mengecilkan saiz operasi.

Mereka menghantar pekerja ke sebuah bilik tanpa apa-apa tugasan sebagai cara untuk memberi tekanan kepada staf tersebut agar berhenti kerja secara sukarela.

"Sejak April, syarikat tersebut telah memindahkan kira-kira 200 daripada kira-kira 1,300 pekerjanya ke bilik tersebut dan hampir 100 orang telah meletak jawatan. Dijangka akan lebih ramai pekerja berbuat demikian untuk beberapa bulan akan datang," kata seorang sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

BACA LAGI: DNA Barcelona 'berjangkit' ke Harimau Malaya, coach muda disebut ganti KPG

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ditamat kontrak, Sir Alex Ferguson dilarang teruskan tradisi Man United

'Bilik pengusiran' atau nama lainnya ‘oidashi beya’ itu diamalkan oleh sebahagian syarikat Jepun yang menjadi antara negara dengan undang-undang perlindungan buruh paling ketat di dunia.

Kebiasaannya, pekerja tidak diberi tugas berkaitan kerja dan dibiarkan dengan pengetahuan bahawa pengurus ada hak dalam menentukan prestasi mereka.

Ramai pekerja memanfaatkan masa mereka di dalam bilik tersebut untuk mencari pekerjaan lain.

Bagaimanapun, Bandai Namco menafikan perkara tersebut dan menyatakan pemberhentian permainan bukan untuk membuatkan pekerja berhenti kerja.

"Keputusan kami untuk menghentikan permainan adalah berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap situasi. Sesetengah pekerja mungkin perlu menunggu seketika sebelum mereka diberikan projek seterusnya, tetapi kami meneruskan tugasan apabila projek baharu muncul," kata wakil dari Bandai Namco .

"Tiada organisasi mengamalkan oidashi beya di Bandai Namco Studios," tambahnya lagi.

Seperti pesaingnya, syarikat itu kini berada di bawah tekanan untuk mengurangkan kos selain perlu menyesuaikan diri dengan penurunan pasca pandemik yang menyaksikan jumlah masa dihabiskan pengguna untuk bermain permainan merosot.

Telefon pintar dan permainan dalam talian telah menanggung beban sentimen yang memaksa Bandai Namco merombak barisan produk permainannya untuk menghasilkan ¥21 bilion (RM605 juta) bagi tempoh tiga suku hingga Disember.

bandai-namco-is-reducing-its-workforce-after-cancelling-several-games-cover670e642690942

Bandai Namco turut membatalkan pembangunan beberapa permainan untuk beberapa permainan. — Agensi

Sepanjang musim panas, syarikat itu terus menutup permainan telefon pintar Tales of the Rays dan berkata ia akan membatalkan permainan dalam talian bajet besar Blue Protocol pada bulan Januari.

Ia juga memutuskan untuk sama ada membatalkan atau menunda pembangunan untuk beberapa permainan antaranya Naruto dan One Piece, serta projek yang ditugaskan oleh Nintendo Co.

Sementara itu, Rival Square Enix Holdings Co juga membatalkan beberapa permainan telefon pintar yang merugikan, manakala Sony Group Corp pula menarik semula permainan dalam talian Concord hanya dua minggu selepas pelancarannya.

Sebuah laman web tanpa nama yang dilancarkan bulan lalu mendakwa Bandai Namco menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk pekerja untuk meninggalkan kerjaya masing-masing.

Begitu pun, wakil syarikat memaklumkan bahawa maklumat itu tidak tepat dan mereka enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut. — TheStar/Takashi Mochizuki

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram