SEORANG lelaku sanggup tinggal di bot layar miliknya berbanding menyelamatkan diri daripada taufan yang melanda Tampa Bay, Amerika Syarikat.
Joseph Malinowski atau lebih dikenali sebagai Lieutenant Dan di media sosial berbuat demikian walaupun sudah diarahkan menyelamatkan diri beberapa kali ketika Tampa Bay dilanda Taufan Milton.
Menurut Malinowski, pihak polis tempatan ada memberitahunya yang terdapat sembilan pusat perlindungan dibuka akibat taufan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Gajah buta, Ploy Thong antara terkorban tak sempat diselamatkan lepas banjir landa Thailand
BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan tentera Israel di Haifa huru-hara dibedil peluru berpandu ‘Fadi 1’ Hizbullah

Taufan Milton melanda Tampa Bay.
Malah, Datuk Bandar Tampa Bay, Jane Castor juga mengarahkan pegawainya untuk menyelamatkan Malinowski tetapi dia tetap ingin berada di bot layarnya.
Malinowski menggunakan media sosial untuk memberitahu keadaan semasanya. Malah, sebelum taufan melanda, dia mengatakan keadaannya baik-baik saja.
"Saya baik-baik saja. Saya peroleh semua yang diperlukan, saya ada banyak air, banyak makanan. Saya boleh berada di sini (bot layar) selama dua minggu.
"Saya ada semua yang diperlukan, kopi, krimer, segalanya. Saya tak rancang semua ini, saya tak jangka semua ini, tapi ini adalah rancangan Tuhan untuk satukan seluruh dunia.
"Saya lakukan apa yang saya nak buat walaupun apa yang jadi," katanya.
@jaysea334 ##fypシ #tampastrong #amputeelife #lieutenantdan ♬ original sound - JoeSea
Lelaki itu benar-benar tidak mahu mendapatkan sebarang bantuan apabila taufan melanda walaupun bot layarnya tersangkut di pelabuhan sehingga air masuk ke dalamnya.
Walaupun ada yang mencadangkan kepadanya untuk pergi mendapatkan perlindungan, tetapi Malinowski tetap mahu kekal terus di bot layarnya.
"Saya tak berapa risau. Ia memang teruk, tapi kita sedang berdepan dengan taufan dan saya harus tahu apa yang perlu dijangka.
"Jika taufan jatuh ke kategori 3 (teruk), saya tak risau, saya tak risau," ujarnya.
Taufan Milton dikategorikan sebagai taufan kategori 3 sebelum diturunkan kepada kategori 1 (tidak teruk).
Setakat Khamis, seramai dua juta penduduk Tampa Bay terpaksa bergelak akibat terputus bekalan elektrik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
