[VIDEO] Pangkalan tentera Israel di Haifa huru-hara dibedil peluru berpandu ‘Fadi 1’ Hizbullah


  • Benua
  • Isnin, 07 Okt 2024

Hizbullah menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa pada Ahad malam. — AFP

HIZBULLAH menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa pada Ahad malam dan menyebabkan kemalangan jiwa.

Menurut laporan media antarabangsa, memetik kenyataan Hizbullah, serangan itu dilakukan ekoran daripada tindak balas kekejaman Zionis.

"Dalam tindak balas terhadap serangan ke atas orang awam dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis, kami melancarkan serangan peluru berpandu ‘Fadi 1’ ke arah pangkalan Carmel di selatan Haifa pada Ahad malam.

"Kami akan terus bersiap sedia untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tugasnya bagi menghalang musuh daripada berterusan melakukan pencerobohan," menurut kenyataan itu.

BACA LAGI: Nyawa di hujung tanduk, Dr Mohd Khir Rezza imbau semula pengalaman rawat tentera parah akibat letupan

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa selepas siren berbunyi lewat Ahad di kawasan Galilee, kira-kira 15 peluru berpandu dikenal pasti melintasi sempadan dari Lubnan.

Beberapa peluru berpandu berjaya dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan berkenaan.

Beberapa kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan roket di bandar Haifa dan Tiberias, lapor media Israel.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan dipindahkan ke Kampus Kesihatan Rambam di Haifa untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas serangan roket itu.

Sejak 23 September, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan susulan ketegangan dengan Hizbullah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram