TENTERA Yaman pada akhirnya menyiarkan rakaman serangan terhadap kapal tangki British Cordelia Moon di Laut Merah selepas beberapa hari melancarkan serangan tersebut.
Video berdurasi 19 saat berkenaan dimuat naik pada Khamis, dua hari selepas jurucakap YAF, Brigadier Jeneral Yahya Saree mengumumkan bahawa tentera laut, peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) mereka menyasarkan kapal tangki itu dengan menggunakan lapan peluru berpandu balistik, sebuah dron dan USV.
Saree berjanji bahawa YAF akan terus menjalankan operasi ketenteraan mereka dan tidak akan memberhentikan sekatan tentera laut terhadap Israel sehingga pencerobohan ke atas Lubnan dan Gaza berhenti serta sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik.
BACA LAGI: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura dijel setahun, didapati bersalah guna kedudukan terima hadiah
BACA LAGI: [VIDEO] Leka tengok bangunan haram roboh di India, pengawal cedera terkena serpihan batu
Terdahulu, ketua gerakan Ansar Allah Yaman, Sayyed Abdul-Malik al-Houthi, mengesahkan bahawa YAF menjalankan operasi di Laut Merah, Laut Arab, serta Lautan Hindi dengan menyasarkan untuk menyerang sebanyak 188 kapal.
YAF juga baru-baru ini Yaman menembak jatuh UAV jenis MQ-9 ‘Reaper’ Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dron ke-11 jenis itu sejak bermula Operasi Taufan al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.
Sayyed menegaskan bahawa AS dan Israel berusaha untuk meningkatkan pencerobohan mereka terhadap rakyat Yaman apabila melancarkan 39 serangan udara ke atas negara itu untuk minggu ini sahaja.
Serangan terbaharu Israel ke atas Hodeidah telah gagal dan tidak berhasil memaksa YAF untuk menghentikan operasi mereka bagi menyokong Gaza dan Lubnan.
Rejim Zionis menyasarkan pelabuhannya, lapangan terbang, dan stesen penjanaan kuasa al-Hali yang dimiliki bandar pesisir pantai itu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Yaman yang berpangkalan di Sanaa memberitahu Al Mayadeen bahawa lima orang terbunuh dan 45 yang lain cedera dalam pencerobohan Israel ke atas Hodeidah.
Pencerobohan itu berlaku selepas pasukan peluru berpandu YAF menyasarkan lapangan terbang Ben Gurion Israel di Yafa dekat Tel Aviv yang ketika itu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di lokasi.
Di samping penerusan operasi ini, Sayyed berkata, keupayaan ketenteraan Yaman sedang dikembangkan lagi sebagai sebahagian daripada solidariti terhadap rantau berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram