[VIDEO] Sama-sama melintas, tergamam lihat rakan satu sekolah temui ajal kena seret lori depan mata di Vietnam


  • Benua
  • Rabu, 02 Okt 2024

Kemalangan itu menyebabkan Minh Tri meninggal dunia di tempat kejadian. — Agensi

SEORANG kanak-kanak berumur 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori dalam nahas di Lebuhraya 27, Daerah Cu Kuin, Vietnam, pada 24 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Daerah Cu Kuin mengesahkan kemalangan yang membabitkan pelajar lelaki Sekolah Tinggi Y Jut yang bernama Vo Minh Tri.

Menurut laporan media antarabangsa, maklumat awal mendapati kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu berlaku ketika Minh Tri bersama seorang lagi rakannya dikatakan sedang melintas jalan raya.

BACA LAGI: [VIDEO] Brek tak makan didakwa punca kemalangan maut babit 10 kenderaan di Seremban

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Nahas ngeri tersebut turut dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) berdekatan sebelum dikongsikan di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan ketika sampai di tengah jalan, Minh Tri dan rakannya cuba mengelak daripada dilanggar sebuah kereta yang bergerak dari Bandar Buon Ma Thuot menuju ke Daerah Cu Kuin.

Melihat keadaan itu, Minh Tri berlari ke belakang untuk menyelamatkan diri, namun malang buatnya apabila tindakan itu malah menyebabkan dia dilanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu lori berkenaan, Dinh Quang Huy, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Daerah Cu Kuin menuju ke Bandar Buon Ma Thuot.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, kemalangan itu masih dalam siasatan pihak berkuasa daerah berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram