'Hint kapak, aura viking' bekas rakan sepasukan Ibrahimovic muncul 2 nama jadi teka-teki fans Selangor


  • Podium
  • Isnin, 30 Sep 2024

Nabil pernah beraksi bersama Ibrahimovic dalam skuad nasional Sweden.

SELEPAS mengumumkan ketibaan bek muda Jordan, Mohammad Abualnadi pada minggu lalu, Selangor FC terus giat memperkuatkan pasukan selepas memuat naik video 'teaser' pemain import baharu yang menghadapi baki saingan Liga Super dan kejuaraan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada Isnin (30 September).

Kemasukan pemain baharu itu akan menjadikan Selangor mempunyai sekurang-kurangnya 10 bintang import untuk musim 2024/25 ini.

BACA LAGI: Kini No. 2 Chinese Super League, JDT perlu awasi bekas anak didik Jurgen Klopp

BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City

Manakala dua import lain, Hein Htet Aung (Myanmar) dan Richmond Ankrah (Ghana) dipinjamkan ke pasukan Liga Super lain untuk musim ini.

Pengumuman dari pihak pengurusan untuk menunjukkan betapa seriusnya Selangor mahu bersaing dalam ACL 2 dan memberikan saingan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk merebut gelaran Liga Super.

Bagi jendela perpindahan kedua ini, Selangor telah membawa masuk tiga pemain baharu iaitu Ali Olwan, Abualnadi (Jordan) dan Kalamullah Al-Hafiz daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Pengumuman Selangor tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong setia pasukan dengan ada yang memetik nama bekas rakan sepasukan, Zlatan Ibrahimovic sebagai antara import baharu.

Nabil Bahoui yang pernah beraksi bersama Ibrahimovic dalam skuad nasional Sweden menjadi calon pemain baharu untuk memperkuatkan barisan serangan Gergasi Merah.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Asia dengan Liga Arab Saudi, Qatar dan Iran menjadi pilihan sebelum kali terakhir beraksi buat Persepolis.

Nama lain yang dikaitkan dengan Selangor ialah Nikola Jambor yang turut mempunyai pengalaman luas beraksi di Eropah serta Asia.

Pemain berketinggian 1.90 meter itu kali terakhir beraksi dalam Liga Arab Saudi bersama Hajer Club di divisyen kedua negara itu.

Jambor juga pernah beraksi bersama legenda Real Madrid, Fabio Coentrao semasa Rio Ave pada musim 2018 sehingga 2021.

Jadi mana satukah impian anda untuk melihat pemain baharu menyertai Selangor musim ini? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram