
POLIS menahan lima suspek terlibat kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kejadian di persisiran Pantai Cihara Lebak, Indonesia.
Mangsa, Aqilatunnisa Prisca Herlan atau dikenali sebagai Aqila ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan menyayat hati.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilegon, Hardi Meidikson Samula berkata, suspek melibatkan tiga wanita dan A
BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental
Lima suspek tersebut, Rahmi dan Saenah ditahan di sekitar Kota Cilegon pada Jumaat, manakala Emi, Iyeng dan Ujang di wilayah Pandeglang, pada Sabtu.
"Selain penahanan itu, polis turut menemui beberapa bukti kes antaranya dua senjata api, buku akaun, tiga telefon pintar, satu pisau lipat, beberapa kad sim dan sejumlah wang.
"Berdasarkan bukti, suspek didakwa memang sudah merancang untuk membunuh kanak-kanak tersebut," katanya pada Ahad.
Hardi memaklumkan, seorang daripada lima suspek merupakan rakan ibu mangsa, yang juga pernah menjadi jiran di Kampung Ciwedus, Cilegon.
"Meskipun sudah tidak berjiran, kedua-duanya masih berhubung sehingga sekarang," katanya.
Suspek melibatkan tiga wanita dan dua lelaki ditangkap di dua lokasi berbeza. — Agensi
Mengulas lanjut, Hardi berkata, motif pembunuhan dipercayai berkaitan masalah hutang.
Ujarnya, kedua-dua suspek iaitu Rahmi dan Saenah dikatakan sakit hati dengan ibu mangsa kerana dikenakan hutang.
"Ibu mangsa bekerja sebagai penjual barangan yang menggunakan sistem ansuran atau kredit.
"Suspek yang bernama Emi dipercayai membunuh Aqila. Lebih menyedihkan, salah seorang suspek juga merupakan tutor kepada mangsa," maklumnya.
Untuk rekod, Aqila dipercayai hilang sejak 17 September lalu selepas ditinggalkan sendirian oleh ibunya di rumah yang berkunci.
Ibu mangsa difahamkan keluar sebentar untuk menjemput suaminya makan tengah hari.
Dua suspek lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Aqila. — Agensi
Selepas kira-kira 10 minit kemudian, ibu mangsa yang sarat hamil anak kedua mendapati Aqila sudah tiada di rumah.
Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di salah sebuah gudang di rumah sewa, sebelum mayatnya dibuang di Pantai Cihara, dalam keadaan wajahnya berbalut pita pelekat berwarna hitam.
Ketika dijumpai pada Khamis, sebahagian badan mangsa dipenuhi kesan lebam termasuk pada tangannya.
Difahamkan, keluarga mangsa sering menerima ancaman penculikan dan pembunuhan daripada individu tidak dikenali.
Ugutan tersebut dibuat melalui pesanan di aplikasi WhatsApp sebanyak empat kali sejak Ogos lalu.
Ibu bapa mangsa sudah pun membuat laporan di balai polis, namun polis hanya mengesyorkan mereka untuk melaporkan semula jika menerima ancaman di sekitar rumah atau tempat kerja mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram