Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang


Norehan sewaktu menunggang motosikal di Eropah bersama rakan-rakannya.

WANITA yang berani mengembara dengan motosikal di luar negara menjadi inspirasi kepada orang lain, khususnya golongan Hawa yang mungkin berasa ragu untuk mencuba aktiviti lasak.

Mereka membuktikan bahawa 'jantina' bukan penghalang untuk mengejar minat dan mencipta pengalaman hidup yang berharga.

Pengalaman mengembara ke luar negara dengan motosikal, terutama secara berkumpulan pastinya mencipta kenangan unik yang tidak dapat dilupakan.

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

6266853422762410346

Norehan sewaktu menunggang motosikal di Morocco.

Setiap perjalanan, laluan dan destinasi yang dilalui menjadi sebahagian daripada cerita hidup yang dapat dikenang sepanjang hayat.

Wanita yang mengambil langkah berani itu bukan sahaja mengatasi cabaran tetapi juga memperoleh pengalaman yang memperkayakan jiwa dan membuka peluang untuk pengembaraan yang lebih bermakna.

Itulah yang dapat diceritakan tentang seorang wanita, Norehan Desa yang gemar menjelajah ke luar negara bersama rakan-rakannya untuk merasai peluang menunggang motosikal di tempat-tempat yang berlainan kawasan di dalam dan luar negara.

Norehan Desa sudah mengembara ke banyak negara seperti Eropah, Jepun, Balkan, Morocco dan Kemboja dengan menunggang motosikal yang disewa dari negara-negara berkenaan.

Malah, menempuh laluan off-road bukan lagi satu cabaran bagi dirinya memandangkan dia sudah melalui banyak jalan pedalaman dan laluan hutan yang sukar.

6267234605404897677

Norehan dan rakan-rakannya melalui laluan penuh mencabar untuk ke Bromo, Indonesia.

Menceritakan pengalaman pertama mengikuti laluan hutan, Norehan pada 2018 tidak menyangka mampu menunggang motosikal jenis Kawasaki 250 di kawasan off-road ketika berada di Ciptagelar, Indonesia.

"Jalan di Ciptagelar memang teruk. Berbatu dan berlumpur.

"Pertama kali ride ke Ciptagelar, saya rasa terkejut kenapa laluannya sedemikian. Saya tak suka dan marah-marah kerana laluan dia sangat sukar," katanya kepada Majoriti.

6267234605404897678 (1)

Norehan bersama rakan-rakannya ketika menunggang motosikal di Indonesia.

Namun, setelah pulang ke Malaysia, pengalaman itu menjadi satu kenangan yang berharga buatnya kerana membuka lebih luas kemampuannya dalam menunggang motosikal.

"Begitu pun, apabila teringat semula, rupanya saya tak sangka saya boleh handle laluan off-road. Kita cuma perlu hadap sahaja perkara itu.

"Sama sekali tidak terjatuh pun menunggang di situ. Pengajaran untuk saya sebab jelajah banyak situasi tak terjangka berlaku," katanya.

6266853422762410347

Norehan menunggang motosikal menggunakan laluan off-road ketika di Eropah.

Antara detik manis yang disukai sewaktu menjelajah ke banyak negara dengan menunggang motosikal adalah membuka peluang untuk menemui lokasi baharu.

"Best sebenarnya apabila dapat rasa jalan yang berbeza-beza. Kita dapat mengenali budaya di negara luar," katanya.

Selain itu, semangat berpasukan juga adalah satu perkara manis yang penting baginya untuk melewati pengembaraan bersama-sama rakan yang lain.

"Contohnya, apabila saya patah kaki sewaktu pulang dari Bromo dengan menaiki motosikal. Kawan-kawan bantu untuk urusan pengembalian motosikal ke tempat sewaan," katanya.

Di sebalik mencipta kenangan unik bersama rakan-rakan rider yang lain, Norehan juga pernah melalui kesukaran sewaktu mengembara ke luar negara dengan menunggang motosikal.

Mengimbau kisah yang pernah dilalui, wanita berusia 50 tahun itu berkata, antara salah satu cabaran berada di luar negara adalah kepayahan untuk mencari makanan halal.

"Pergi luar negara memang banyak tempat yang susah untuk cari makanan halal," katanya.

6266853422762410351

Norehan bersama kumpulannya yang sering memimpin bagi menggunakan laluan off-road.

Bagaimanapun, disebabkan kerap mengalami masalah itu, dia membuat persiapan rapi dengan membawa makan yang boleh tahan dalam tempoh lama.

"Tetapi kami biasa akan makan roti yang dibawa dari Malaysia sebagai alas perut.

"Saya juga biasa beli pek makanan siap produk berasaskan nasi cita rasa lokal untuk dibawa ketika mengembara, jadi senang kerana tinggal panaskan sahaja," katanya.

Tidak hanya itu, kesukaran lain yang pernah ditempuh adalah apabila dipaksa untuk membuka tudung sewaktu cuba memasuki sempadan negara lain dengan menggunakan motosikal pada 2018.

WhatsApp Image 2024-09-07 at 5.42.17 PM (1)

Norehan sewaktu menunggang motosikal di Balkan pada 2018.

Ketika itu, ceritanya, dia menyewa motosikal di Croatia untuk bergerak ke Serbia.

"Waktu itu rombongan terdiri daripada empat motosikal. Pihak pengurusan dah semak pasport dan semua sudah complete.

"Mungkin mereka tiada lagi modal nak kompelin, jadinya mereka tunjuk ke arah saya sebab saya sahaja perempuan waktu itu dan bertudung. Dia suruh buka tudung. Saya pun cakap no! Tak boleh," katanya.

Sikap yang patut dicontohi, Norehan dan rakan-rakannya sanggup berpatah balik ke negara Eropah tanpa memasuki sempadan negara berkenaan demi menjaga auratnya.

"Kami bincang dan putuskan untuk patah balik sahaja. Kemudian kami masuk semula (Serbia) menerusi Romania," katanya.

WhatsApp Image 2024-09-07 at 5.42.17 PM (2)

Norehan menunggang motosikal di Jepun pada 2015.

Memberi sedikit tip untuk individu yang mahu mencuba mengembara dengan menunggang motosikal, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menyelidik terlebih dahulu soal negara yang ingin dikunjungi.

"Perlu tahu di mana tempat motosikal yang boleh disewakan. Selain itu, kena kaji keadaan jalan di negara-negara di situ.

"Ilmu kena banyak dengan cara bertanya kepada orang yang berada di kawasan yang dikunjungi. Senang cerita, kita tak boleh pergi sembarangan, kena ada ilmu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram