[VIDEO] Pemandu mati tertimbus, lori tangki simen terbabas jatuh gaung 10 meter di Lahad Datu


  • 112
  • Isnin, 23 Sep 2024

Pasukan bomba giat menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori. — Ihsan JBPM Sabah

SEORANG pemandu lori tangki simen dilaporkan tersepit dan tertimbus dalam tanah selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Batu 18, Jalan Sandakan-Lahad Datu, Sabah pada pagi Isnin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa giat dijalankan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu.

Difahamkan, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

BACA LAGI: Kontraktor didakwa bunuh bekas pelumba GP Malaysia

BACA LAGI: Lebih 300 kanak-kanak GISBH diberi pendidikan formal mulai 1 Oktober

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.42 pagi.

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori tanker membawa muatan simen terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

“Terdapat seorang mangsa terlibat dilaporkan tersepit dan tertimbus di dalam tanah.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan di lokasi kejadian dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram