Ringgit mengukuh paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan


  • Bizz
  • Khamis, 19 Sep 2024

Nilai ringgit akan meningkat dalam tempoh 28 bulan.

RINGGIT terus mengukuh berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu, mengekalkan kedudukannya sebagai antara mata wang berprestasi tinggi di rantau Asia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengumuman Fed itu telah meredakan ketidaktentuan pasaran.

BACA LAGI: [VIDEO] Pameran 15,000 'teddy bear' karya Bachir Mohammad lambang nyawa kanak-kanak melayang di Gaza

BACA LAGI: Pengerusi Eksekutif GISBH dan isteri antara 19 ditahan bantu siasatan

Ringgit

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Menurutnya Fed dilihat berada di landasan untuk memastikan penurunan sederhana dalam ekonomi AS.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata, trend disinflasi akan berterusan, yang membolehkan Fed menumpukan kepada mandatnya yang lain iaitu guna tenaga maksimum.

Berdasarkan Kadar Dana Fed (FFR) jangka panjang sebanyak 2.9 peratus, Mohd Afzanizam berkata, Fed dijangka terus menurunkan kadar faedah penanda aras untuk menyediakan sokongan monetari kepada ekonomi.

Tambahnya lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk tempoh berbaki tahun ini memandangkan keadaan monetari semasa yang menyokong pertumbuhan.

"Oleh itu, ringgit diunjurkan terus meningkat dalam tempoh terdekat. MYR/USD pada masa ini adalah di sekitar paras sokongan segera. Sekiranya ia melepasi tahap ini, paras sokongan seterusnya akan berada pada RM4.0728," katanya.

Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama semasa ditutup hari ini (Khamis).

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5822/5928 daripada 5.6091/6158 semasa ditutup pada Rabu, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9442/95008 daripada 2.9940/9977 semalam dan menokok berbanding euro kepada 4.6976/7065 daripada 4.7236/7292 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2567/2632 daripada 3.2792/2833 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.6983/7294 daripada 12.7472/7680 semalam.

Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.58 daripada 7.61/7.62 pada Rabudan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 275.7/276.4 daripada 276.5/277.0 sebelum ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram