[VIDEO] 18 maut 17 masih hilang, Ribut Tropika Enteng 'mengganas' di Manila


  • Benua
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Masalah Ribut Tropika Enteng di Filipina menyebabkan 16 orang maut, manakala 17 orang masih hilang.

ANGKA kematian bagi kes Ribut Tropika Enteng (nama lainnya Yagi) dan Monsun Barat Daya di Manila mencecah 16 orang, kata Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Jumaat.

NDRRMC berkata, sebanyak lapan kes kematian berlaku di Calabarzon (Cavite, Laguna, Batangas, Rizal, dan Quezon), manakala tiga di Wilayah Bicol, dua di Visayas Tengah, dua di Visayas Timur dan satu di Visayas Barat.

Bagaimanapun, NDRRMC berkata, 17 orang masih hilang dan 13 yang lain cedera di pelbagai tempat dalam negara itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Yuna pernah disenarai hitam masuk Kanada gara-gara teringin piza halal

BACA LAGI: Baru 5 jam mohon doa peminat, bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia pagi Jumaat

Dalam pada itu, 2,061,726 orang meliputi 538,602 keluarga terjejas disebabkan oleh Enteng dan Monsun Barat Daya dikenali sebagai Habagat di kawasan Metro Manila, Ilocos, Cagayan, Luzon Tengah, Calabarzon, Bicol, Visayas Barat, Visayas Tengah, Visayas Timur dan wilayah Cordillera.

Seramai 33,480 individu telah dipindahkan berikutan masalah cuaca buruk manakala 452 rumah mengalami kerosakan.

Anggaran kos kerosakan infrastruktur adalah sebanyak P314 juta (RM 26,062,000), manakala kerosakan pertanian sebanyak P30 juta (RM 2,490,000) dengan 717 petani terjejas.

Wilayah Bicol pula mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai terjejas iaitu 1,119,382 individu.

Kerosakan kepada infrastruktur bernilai P223,602,718 (RM 18,559,025) dan kerosakan pada pertanian bernilai P4,333,159 (RM 335,364).

Gangguan bekalan elektrik, masalah bekalan air dan isu talian komunikasi ditemui di kawasan berbeza di tengah-tengah serangan Enteng dan Habagat.

Malah, terdapat penerbangan dan pelayaran maritim yang terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk sehingga menyebabkan beberapa individu terkandas.

Kelas dan jadual kerja juga ditangguhkan di beberapa kawasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram