[VIDEO] Taufan Yagi: 9 maut di Vietnam, warga emas China ‘melayang’ ketika tai chi


  • Benua
  • Ahad, 08 Sep 2024

Sebuah klip yang dikongsikan di media sosial memaparkan seorang warga emas mempamerkan seni Tai Chi ketika Taufan Yagi melanda China.

FENOMENA Taufan Yagi yang melanda beberapa negara Asia, termasuk China dan Hong Kong terus mengakibatkan kehancuran terhadap harta benda serta kemudahan awam.

Malah, dalam laporan yang dikongsikan sejak taufan itu melanda, beberapa nyawa sudah terkorban dengan baru-baru ini, penduduk di Vietnam menjadi mangsa terbaharu.

Berdasarkan statistik dikeluarkan pihak kecemasan negara tersebut, seramai sembilan individu meninggal dunia dengan empat daripada mereka merupakan ahli keluarga yang menjadi mangsa tanah runtuh.

BACA LAGI: [VIDEO] Taufan Saola badai selatan China, pihak berkuasa keluarkan amaran merah

BACA LAGI: Taiwan bakal dibadai Taufan Chanthu hari ini

Ia berpunca daripada hujan lebat berterusan di daerah Hoa Binh sekitar utara Vietnam yang menyebabkan fenomena itu berlaku di salah sebuah bukit pada awal pagi Ahad.

Selain itu, mereka yang lain dilaporkan meninggal dunia di negara itu akibat angin kencang mencecah kelajuan 149 kilometer per jam yang direkodkan sejak Taufan Yagi melanda bermula Jumaat lalu.

Namun, terdapat juga insiden tular sempat dikongsikan orang ramai di media sosial akibat fenomena tersebut, termasuk satu kejadian aneh yang dirakam semasa taufan itu melanda China.

Dalam satu video dimuat naik J menerusi akaun Douyin, kelihatan seorang warga emas tidak berbaju mempamerkan aksi Tai Chi di halaman rumah semasa angin bertiup kencang.

Sehingga kini, identiti serta punca lelaki tersebut berbuat demikian masih belum dikenal pasti dengan orang ramai mempersoalkan kelakuannya ketika bencana alam tersebut.

Lebih menyedihkan lagi, video pendek itu memaparkan dia ditiupkan angin kencang sehingga jatuh tergolek beberapa kali meskipun cuba untuk berpaut kepada sebatang pokok.

Sejak dimuat naik di laman Instagram Must Share News, rakaman amatur itu menerima ribuan tontonan dengan pengguna media sosial berasa simpati akan keadaan lelaki tersebut.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan bilakah Taufan Yagi akan reda, namun agensi cuaca di Vietnam mendapati ia sudah mula reda berbanding beberapa hari lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram