[VIDEO] Dibadai Taufan Gaemi, lebih 27,000 penduduk di Wilayah Liaoning terpaksa dipindahkan


  • Benua
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Penduduk wilayah Liaoning di timur laut China, China berjaya dipindahkan selepas dibadai Taufan Gaemi.

LEBIH 27,000 penduduk di Wilayah Liaoning, timur laut China berjaya dipindahkan dengan selamat pada Sabtu selepas dibadai Taufan Gaemi.

Jabatan kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah itu berkata, hujan lebat daripada Gaemi telah menyebabkan paras air meningkat di 40 empangan di seluruh wilayah itu.

Difahamkan, empangan itu kini sedang mengalirkan air secara teratur.

BACA LAGI: 'Tiada orang sepertinya,' penonton menitis air mata dengar nyanyian Celine Dion di Olimpik Paris 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hentam botol, Milos 'disekolahkan' Ifwat, dipesan jaga emosi

Pihak berkuasa meteorologi wilayah berkata, kebanyakan kawasan di Liaoning dijangka mengalami hujan lebat dari awal pagi Ahad hingga Selasa.

Wilayah itu telah mengaturkan pemeriksaan dan rondaan di sepanjang tanggul sebagai persediaan menghadapi potensi banjir dan untuk mengurangkan risiko bencana.

Dalam pada itu, ratusan syarikat kimia dan perlombongan di seluruh wilayah telah menghentikan operasi selain kakitangan dan penduduk berdekatan telah berpindah untuk mengelakkan risiko banjir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram