[VIDEO] Taufan Saola badai selatan China, pihak berkuasa keluarkan amaran merah


  • Benua
  • Ahad, 03 Sep 2023

Pokok tumbang susulan Taufan Saola membadai Wilayah Guangdong, Selatan China. — Agensi

SUSULAN daripada Taufan Saola yang membadai Wilayah Guangdong, selatan China sejak Jumaat, Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat berusaha untuk membersihkan jalan yang dinaiki air dan memindahkan penduduk yang terkandas ke tempat selamat.

Di bahagian selatan Bandar Shanwei, taufan yang semakin kuat membawa hujan lebat menyebabkan amaran merah iaitu amaran peringkat tertinggi, dikeluarkan pada Jumaat.

Hujan lebat menyebabkan sesetengah jalan ditenggelami air berikutan beberapa longkang tersumbat kesan daripada daun yang banyak gugur di atas jalan.

Kakitangan kecemasan bertindak pantas dengan membersihkan parit tepi jalan dan membuka penutup lubang untuk mengelakkan banjir di kawasan tersebut.

Dalam masa sama, taufan itu turut mengakibatkan beberapa kawasan di Bandar Dongguan mengalami angin kencang dan hujan lebat pada Sabtu.

Malah beberapa jalan raya ditenggelami air setinggi 1.2 meter dan menyebabkan beberapa penduduk terkandas. Sebagai tindak balas, anggota bomba segera melancarkan operasi menyelamat.

Pihak berkuasa bertindak memindahkan lebih 780,000 orang dari kawasan berisiko tinggi di wilayah jiran Guangdong, manakala wilayah timur Fujian pula, lebih 100,000 dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Jabatan kaji cuaca China menjangkakan taufan itu sebagai yang paling dahsyat pernah melanda Lanar Sungai Pearl sejak 1949. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram