TAUFAN Chanthu berkategori 5 dijangka akan membadai Taiwan pada Ahad, justeru penduduk di pulau itu digesa bersiap siaga atas segala kemungkinan.
Kurang 30 minit dari sekarang, Taufan Chanthu dijangka akan melanda Taiwan pada bila-bila masa dengan kelajuan angin maksima 280km/j.
Ketika ini Taufan Chanthu berada di kedudukan 824km tenggara Taipei.
Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC), taufan berkenaan sedang bergerak menuju ke Taiwan dengan kelajuan 17km/j.
"Rakaman satelit menunjukkan diameter di pusat taufan berkenaan berukuran 28km.
"Taufan Chanthu dijangka akan tiba di Taiwan pada jam 9 pagi pada Ahad," katanya.
Selepas membadai Taiwan, taufan berkenaan dijangka akan menjadi lebih perlahan dengan kelajuan angin 100km/j. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram